Suami Walaupun Kesempitan Wang, Jangan Sampai Ambil Duit Isteri.

 

Dalam hidup berumahtangga, suami adalah seorang ketua keluarga yang akan memimpin anak-anak serta isterinya ke arah jalan yang lebih baik. Sebab itu, sering kali diingatkan bahawa seorang suami itu perlu menunjukkan contoh yang baik di dalam keluarga mereka ini.

Seorang suami adalah orang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah serta memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak, namun begitu kadang kala suami juga akan berdepan kesempitan wang yang tidak dijangka.



Kadang kala tindakan suami mengambil duit isterinya tanpa pengetahuan isterinya, mungkin akan berlaku apabila dirinya sendiri berdepan dengan kesempitan, namun boleh ke diambil?



Harta seorang isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya , menurut jumhur ulama;

“Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.”

Namun begitu, jika perbelanjaan itu membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaga malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNYa kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.” (surah at-tahrim:6)



Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri.

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasululluah SAW bersabda. “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayar Imam ad-Daruqutni)

Bukan itu sahaja, dalam Kitab Maratib al-Ijma’ ada menyatakan bahawa, “Para Ulama telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).

Dalam hidup sebagai suami isteri ini kena rajin berkongsi, jika terdapat masalah dan kesempitan wang, suami perlu jelaskan kepada isteri. Jangan melakukan sesuatu yang membri contoh tak baik kepada anak-anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen