Isteri Akan Bahagia Kalau Suami Faham Akan 10 Perkara Ini Tanpa Perlu Diungkap Atau Bertengkar.

 

Seorang isteri akan terlalu bersyukur jika memiliki seorang suami yang memahami serta bertimbang rasa. Tak payah nak tunggu masam-masam muka atau minta tolong, suami nampak terus hulurkan pertolongan. Itulah suami idaman para isteri.



Tapi nak jumpa suami macam ini, tersangatlah susah. Sebab itu bila seorang isteri memiliki suami seperti sebegini, ia akan jadi bahan cemburu isteri-isteri yang lain.

Suami macam inilah antara punca sebuah rumahtangga bahagia dan harmoni. Macam perkongsian Firdaus Shakirin ini, suami perlu ada 10 common sense ini.



The best thing kalau nak rumahtangga kita bahagia, aman damai dan tenang sejahtera ialah dengan adanya common sense antara kita dan pasangan...

Below are 10 common sense yang patut ada dalam rumahtangga :

1. Nampak suami balik kerja, muka ketat, penat, letih, isteri terus sambut dengan gembira, tak banyak cakap, tak banyak tanya, tak bagi anak-anak serbu dan ganggu. Biar suami rehat dan bertenang dahulu.

2. Suami tengah belek-belek handphone, nampak isteri sibuk buat kerja-kerja rumah, sibuk jaga anak-anak, keadaan tak terkawal, isteri dah mula tinggi-tinggikan suara. Suami letak hp, terus tolong isteri apa yang patut.

3. Baju di ampaian dah kering, terus kutip tanpa perlu suruh pasangan...sampah dah penuh dalam tong sampah, terus buang tanpa perlu suruh pasangan...pakaian kotor dah penuh dalam bakul, terus masukkan dalam mesin, basuh dan jemur tanpa perlu tunggu pasangan buat.

4. Lepas makan, angkat pinggan dan basuh pinggan tanpa perlu meninggalkan pinggan di meja ataupun dalam sinki. Kemaskan dapur sebelum bergerak ke ruang tamu mahupun bilik.

5. Rasa macam dah lama tak bwk pasangan makan di luar ataupun melancong ataupun bersiar-siar, terus ajak pasangan untuk buat smua perkara tu.

6. Hari ni atau kelmarin atau minggu lepas birthday pasangan ataupun ulang tahun perkahwinan, terus wish tanpa perlu tunggu sapa yang nak wish dulu. Kalau terlupa, minta maaf dan terus terang kata lupa dan jangan jadikan si dia tak wish birthday or anniversary sebagai 1 isu besar.

7. Bawak isteri balik jumpa orang tuanya jika dah lama tak balik kampung halaman isteri.

8. Balik kerja, terus balik ke rumah, jangan melencong tempat lain. Seharian dah isteri tunggu dirumah, maka jangan bagi dia tunggu lagi disebabkan kita nak melepak dengankawan-kawan.

9. Bagi penghargaan kepada pasangan atas apa yang dia dah lakukan. Penghargaan tak semestinya berbentuk hadiah, ucapan terima kasih sudah memadai dan mencukupi.

10. Berhubungan dengan pompuan lain dibelakang isteri, tanpa pengetahuan isteri, dan ianya bukan disebabkan faktor kerja adalah sesuatu yang salah...u should know that right? Jadi jangan buat.

It's common sense right? Ada lagi nak tambah?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen