Orang Perempuan Nanti Bila Dah Kahwin, Dia Tak Akan Mula Hilang Kawan... Sebab Suaminya Kawan Dunia Akhiratnya.

 

Ketika bujang ini, ke sana sini sudah tentu anda akan bersama dengan rakan-rakan anda. Orang kata macam belangkas ke sana sini. Tak hanya itu sahaja, setiap kali keluar tentu sahaja akan ada tema yang dijanji untuk dipakai bersama-sama, samapi begitu sekali kalian sangat akrab.

Orang kata nak cari sahabat susah senang ini payah, tapi kalau yang gelak ketawa itu ramailah. Sebenarnya, anda akan mula kehilangan rakan anda bukan ketika susah sahaja tetapi apabila masing-masing sudah mula memiliki kehidupan sendiri yang perlu diberikan tumpuan sepenuhnya.



Selepas berkahwin nanti, anda akan mula hilang satu persatu rakan anda kerana beberapa sebab, antaranya;

1. Anda lebih suka duduk di rumah berbanding keluar.

Ketika ini anda hanya mahu tumpukan akan keluarga kecil anda sahaja. Jadi anda mahu cuba menjadi yang terbaik buat mereka. Nak-nak lagi selepas penat berkerja, tentu anda mahukan rehat yang panjang di rumah berserta insan tesayang. Kalau anda ingin berseronok, pasangan anda akan menghiburkan anda.



2. Anda cemburu akan hidup bebas mereka.

Kalau dulu anda pun sama seperti mereka, ke mana sahaja anda pergi akan bebas untuk buat apa tanpa perlu izin daripada sesiapa. Tapi selepas dah kahwin ini, anda perlu minta izin dari pasangan tapi bila nak keluar anda akan terbayang akan keluarga anda pula.

3. Anda rasa mereka yang single dengan berkahwin ini berbeza.

Anda mula sekat masa lepak bersama anda dan rakan-rakan. Jika kamu teliti perkara ini, tak dinafikan topik perbualan di antara orang yang sudah berkahwin dan orang yang belum berkahwin sama sekali berbeza. Jika sebelum kahwin anda selesa akan satu perbualan kosong tetapi lepas kahwin anda mahukan sesuatu yang membina diri anda.



4. Sebenarnya anda rimas dengan mereka.

Dalam diam sebenarnya anda rimas dengan mereka, jika sebelum kahwin bolehlah anda ikutkan rentak mereka selepas berkahwin anda ingin menjauh dari mereka. Anda tidak berani untuk menyuarakan tetapi dengan perkahwinan ini membuatkan anda mampu menjauhinya.

5. Suami tak sebulu dengan rakan anda.

Orang lelaki ini kadang kala tak selesa dengan rakan-rakan kekasih atau isterinya. Mungkin mereka lihat rakan-rakannya itu hanya membawa keburukan buat pasangannya. Adalah lebih baik menyekat mereka untuk terus bergaul selagi belum mengajar isteri melakukan perkara yang tak sepatutnya.

Sebab itu orang kata, selepas seorang wanita itu berkahwin, rakan baiknya serta teman gelak ketawanya adalah suaminya. Maka dengan itu, dia mengharapkan suaminya memahami serta menjadi pendengar yang setia buat dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen