Kena Bijak Dalam Pengurusan Kewangan, Tapi Jangan Takut Nak Langgar 4 Peraturan Ini.

 

Bila cakap mengenai kewangan ini, tentu sahaja ada beberapa perkara yang akan bermain difikiran kita. Masalah pengurusan kewangan yang tidak seimbang dan tidak betul akan mengakibatkan masalah pada diri sendiri, namun bagaimana pula dengan yang betul-betul menjaga pengurusan kewangan mereka?

Sekarang ini, kewangan yang stabil sememangnya satu perkara yang sangat penting. Sebab itu kadang kala kita boleh lihat pelbagai jenis tips mengenai kewangan ini yang kadang kala diri sendiri susah nak ikut.



Dalam menjaga kewangan sendiri ini ada 2 perkara anda perlu fahami iaitu,

i. Jangan terlalu boros hingga menyusahkan diri sendiri kelak.
ii. Jangan terlalu kedekut untuk guna duit sendiri sebab risau habis.

Sering kali diingatkan kalau nak jaga kewangan ini, jangan ada kad kredit, simpanan perlu ada malah jangan membazir pada yang tak perlu.

Namun begitu, ada 4 peraturan kewangan yang boleh anda langgar demi kepentingan diri anda sendiri.



1. Kad kredit boleh dimiliki tetapi kena berhati-hati.

TIDAK! Kad plastik itu boleh bantu mengukuhkan credit score kamu, di mana kamu amat memerlukannya ketika membeli rumah, kereta malah pelan telefon bimbit. Apabila kamu elak untuk menggunakannya, peminjam (bank) mempunyai kurang informasi untuk pastikan jika kamu membayar bil kamu tepat pada masanya kerana kurang rekod kewangan. Risau kamu akan tenggelam bersama hutang? Start small. Pastikan baki kamu rendah atau gunakan kad kredit beberapa kali setahun hanya untuk sejarah transaksi bank. Pilih kad tanpa caj bayaran tahunan dan pilih yang mempunyai ganjaran (they have higher interest rates and lots of fine print) hanya jika kamu boleh membayarnya setiap bulan.

2. Simpanan enam bulan sangat penting, tapi jangan terlalu memaksa.

JANGAN STRESS! Hanya 28 peratus yang mempunyai dana simpanan kecemasan ini tapi ia sering kali merupakan matlamat tidak realistik (terutama apabila membayar sejumlah hutang yang besar sebagai keutamaan). Sebaiknya, mula dengan simpanan kecil dan tidak membebankan. Ketepikan RM50 setiap bulan ataupun lima peratus gaji kamu, mana-mana yang mudah, ke dalam akaun simpanan sehingga jumlah terkumpul sama dengan gaji satu bulan. Sign up for direct deposit, atau set up money transfer tetap agar kamu tidak lupa untuk menyimpan.



3. Beli apa yang kamu mahukan, tapi jangan selalu.

Jangan sekat apa yang anda mahukan, sekali sekala duit gaji yang anda miliki itu boleh digunakan sebagai reward buat diri sendiri. Mungkin akan dikatakan membazir, tetapi anda yang berkerja penat-penat untuk memiliki duit itu bukan, kenapa perlu disimpan dan sekat apa yang anda mahukan. Diri anda juga berhak ke atas duit itu. Untuk apa miliki simpanan yang banyak tapi anda tak dapat miliki apa yang anda mahukan. Nak rasa pakai tudung, baju serta handbag malah, belilah.

4. Membeli lebih baik menyewa tapi kalau tak mampu kenapa kena paksa.

Tengok orang lain miliki sebiji rumah ketika dia seusia anda, maka anda pun ingin sama sepertinya. Tentu sahaja tidak boleh. Setiap orang ini berbeza-beza dalam rezeki mereka. Maka dengan itu, jangan terlalu tekan diri untuk memiliki apa yang anda belum mampu. Cuba untuk slow-slow, cepat atau lambat tentu akan anda miliki juga.

Kadang kala, kita ini hanya tertekan dengan apa yang orang ada dan nasihatkan sehingga membebankan diri sendiri. Apa kata untuk cuba lebih relax dan ikut kemampuan diri. Namun begitu, diingatkan untuk berhati-hati dalam penguruskan kewangan anda itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,523 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen