Kenapa Orang Dah Kahwin Mudah Cemburu Dengan Mereka Yang Masih Bujang, Eh Tapi Yang Bujang Rasa Nak Kahwin.

 

Buat anda yang bujang ini tentu sibuk memikirkan bahawa kalian mahu berkahwin bukan, tapi buat mereka yang sudah berkahwin fikir nak bujang pula. Eh ada pula yang begitu ke? Tentu sahaja, mereka yang berfikiran seperti ini tentunya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebenarnya.

Namun begitu, ada sesetengah mereka yang bujang ini pula lebih selesa untuk kekal bujang tanpa berusaha mencari pasangan jodoh. Apa yang paling jelas mereka ini malas mencari jodoh ada beberapa sebab malah ayat nak selalu keluar dari mulut mereka “single lebih baik, tak kecewa ataupun kecil hati”.



Akan tetapi mengapa orang merasakan bahawa bujang itu lebih menarik sedangnkan ramai je orang-orang bujang ingin mendirikan perkahwinan? Mungkin ini antara sebabnya.

1. Jimat dalam perbelanjaan.

Bila bercinta, duit akan lebih banyak habis untuk keluar dating, tonton wayang ataupun pergi makan bersama-sama. Namun berlainan pula dengan mereka yang single, duit itu hanya fokus buat dirinya. Jadi, dari situ boleh dilihat bahawa ia agak menjimatkan jika single berbanding ketika sedang bercinta.

2. Masa lebih bebas.

Buat yang single, anda tak perlu bimbang apa-apa pun. Malah anda boleh membatalkan masa bersama rakan-rakan hanya untuk keluar bersama ibu anda. Berlainan pula dengan mereka yang sedang bercinta, kena minta izin pasangan barulah boleh keluar bersama orang lain.



3. Tak ada drama, hidup lebih aman.

Kalau sedang bercinta tentulah akan ada pertengkaran dan salah faham dalam hubungan, tapi kalau anda single tentu anda boleh terus tidur tanpa fikirkan masalah yang melibatkan pasangan ini.

4. Bebas melakukan apa pun.

Tak payah bimbang nak lakukan apa, cukup sekadar minta izin dari ibu bapa selebihnya semua bergantung kepada diri sendiri. Nak buat apa, baik buruk akan ditanggung sendiri tanpa perlu ada sekatan daripada orang lain.



5. Mencintai diri sendiri.

Apa yang paling penting adalah, anda lebih banyak mencintai diri sendiri berbanding orang lain. Jadi apa-apa hal sekali pun anda akan mengutamakan diri anda dahulu tanpa perlu mejaga hati orang lain. Kan seronok itu.

6. Mampu fokus kepada kerjaya dan perlajaran.

Bila anda single, tak banyak perkara dan gangguan yang perlu difikirkan. Maka dengan itu, masa yang ada akan anda fokuskan kepada pelajaran ataupun kerjaya anda. Itu yang membantu prestasi anda lebih cemerlang berbanding yang lain.

Namun begitu, sama ada anda bujang ataupun tidak tentu sahaja mempunyai kelebihan masing-masing. Buat yang bujang tentu sahaja memikirkan untuk memiliki kekasih hati serta pasangan hidup. Jadi yang sudah temui pasangan, apa kata bersyukur sahaja dengan apa yang anda miliki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen