Jangan Ingat Beauty Hack Ini Selamat, Lagi-Lagi 5 Perkara Ini. Baik Segera Tinggalkan.

 

Pelbagai jenis hacks dalam kehidupan hari ini bagaikan sangat menarik perhatian sesiapa sahaja. Selain daripada mudahm menjimatkan serta rasa ianya berguna tentu ia akan menjadi cobaan dan perhatian orang ramai. Bermula dengan hacks dalam rutian harian malah yang paling menjadi ikutan adalah beauty hack yang memang beri kesan yang menajubkan.

Namun begitu, tak semua beauty hacks ini sesuai untuk semua jenis kulit, bahkan bahan-bahan yang digunakan kadang kala belum tentu selamat. Ini kerana, pencipataan produk ini bukan bertujuan untuk kulit wajah yang sedikit sensitive tetapi ia lebih sebagai bahan-bahan masakan atau rutian hatian sahaja.



Sebelum anda menyesal, lebih baik berhenti menggunakan produk sebegini pada wajah anda.

1. Gosok muka dengan garam, gula dan baking soda untuk pengelupasan kulit.

Tahukan anda menggunakan bahan-bahan ini pada wajah hanya akan membuatkan kulit menjadi kasar, tegang dan kering. Memang penggunaannya sangat murah tetapi nanti anda memerlukan kos tambahan untuk menjaga kulit anda. Memang produk ini bagus kerana menggunakan bahan semulajadi tapi ia tidak sesuai untuk wajah anda.



2. Ubat gigi membantu merawat jerawat di wajah.

Siapa yang percaya dan pernah cuba lakukan ini? Rasanya ramai yang percaya bahawa rasa sejuk ubat gigi itu mampu mengawal jerawat daripada tarsus meradang dengan lebih teruk. Namun begitu, ia akan timbulkan ruam kemerahan, jerawat lebih banyak serta merosakkan kulit anda. Ubat gigi tak sesuai digunakan pada wajah, tetapi ia sesuai digunakan pada gigi anda.

3. Setting hair sebagai setting makeup.

Menggunakan penyembur rambut sebagai pengganti semburan solekkan untuk tahan lebih lama adalah perkara yang tidak patut anda cuba. Ia hanya membuatkan kulit anda menjadi kering dan bermasalah sahaja. Lebih baik menggunakan setting spray yang sebenar. Bukankah ia lebih selamat dan cantik.



4. Minyak kelapa sebagai pengganti pelembap wajah.

Penggunaan minyak kepala pada wajah akan membuatkan liang pori anda tersumbat. Minyak kepala sesuai digunakan pada rambut untuk mendapatkan rambut yang bersinar, kehitaman dan lebat. Tetapi ia tidak sesuai digunakan pada wajah anda.

5. Pensel berwarna sebagai eyeliner?

Selalu sangat kita lihat pelbagai beauty hack melakukan kaedah seperti ini. Kononnya ia menghasilkan sesuatu yang lebih unik berbanding orang lain, sedangkan pensel warna ini tidak sesuai digunakan pada kulit. Walaupun selamat untuk dimakan kerana tidak mengandungi toksik tetapi lebih baik menggunakan celak bukannya pensel warna ini.

Kadang kala anda meniru hack-hack sebegini kerana merasakan ia mudah dan menjimatkan untuk merawat, tetapi sebenarnya ia hanya makin memudaratkan. Lebih baik fikir dahulu sebelum buat keputusan yang akan mengecewakan anda sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen