Bakal Pengantin Bimbang Dengan Masalah Pori Terbuka Takut Bila Make Up Nanti Makin Parah, Ini Cara Merawatnya.

 

Bila tiba hari yang penting tentu sahaja anda ingin kelihatan cantik dan menawan bukan. Malah apa yang setiap pengantin harapkan adalah kulit muka bebas dari segala masalah dan juga cela. Mana tidaknya, pada ketika itu pengantin tentu sahaja akan menjadi tumpuan orang ramai.

Setiap pergerakkan, ketika bersanding malah ketika makan beradab. Jadi untuk memiliki kulit cantik, bersih serta bebas cela tentu sahaja menjadi idaman serta keutamaan semua bakal-bakal pengantin.



Rasa bersyukur sekiranya tiada masalah kulit wajah seperti jerawat mahupun bekas parut yang hitam, akan tetapi jika memiliki pori yang terbuka tentu sahaja sangat membimbangkan. Mana tidaknya, jika memiliki masalah ini, kalay terkena makeup yang lama boleh jadi ia akan tersumbat serta mengakibatkan jerawat selepas itu.

Jadi tentu sahaja bakal-bakal pengantin mahu kulit wajah bebas cela sebelum dan selepas berkahwin bukan.

Setiap individu mempunyai liang pori di kulit mereka. Seluruh kulit mempunyai liang pori – ia merupakan lubang-lubang kecil, meliputi wajah, lengan, kaki, dan mana-mana bahagian pada tubuh anda.

Saiz liang pori adalah berbeza pada setiap orang. Pori anda, juga dikenali sebagai folikel rambut, adalah penting untuk kesihatan kulit anda. Ia bertanggungjawab menjaga kulit anda terhidrat dan lembap.

Terdapat 2 jenis liang pori; satu liang pori mengeluarkan minyak semula jadi dari badan, yang dipanggil sebum, manakala lagi satu pori mengeluarkan peluh. Kadangkala liang pori yang mengeluarkan minyak akan tampak lebih besar.



Tip Membantu Kecilkan Pori

Masalah liang pori yang besar tidak mungkin akan dapat dihilangkan terus. Walau bagaimanapun, perkongsian di bawah ini mungkin akan dapat membantu anda untuk kecilkan pori dan menjadinya kurang ketara, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan anda.

1. Membersihkan

Salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk kecilkan pori adalah dengan melaksanakan rutin harian dengan menjaga kulit agar kekal bersih. Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci yang bersesuaian dengan wajah anda.

Membasuh wajah merupakan antara satu langkah penyelesaian jangka masa pendek. Ia membantu mengelakkan pori dari mengembang kerana perlu menampung minyak berlebihan atau sebarang bahan lain. Ini bermakna dengan mencuci wajah, ia dapat mengurangkan risiko kehadiran jerawat dan membuatkan pori lebih bersih.

Sekiranya kulit wajah anda jenis berminyak, pilih pencuci yang berasaskan gel. Ini kerana pencuci berasaskan gel dapat membantu membersihkan minyak dari pori dan menjadikannya kurang ketara, berbanding pencuci yang mengandungi pelembab, ia akan meningkatkan kuantiti minyak.

Pastikan anda mencuci muka sebelum tidur dan elakkan untuk terlalu kerap mencucinya dengan terlaku kerap kerana ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering.

2. Pemilihan produk

Untuk kulit berminyak, anda perlu memastikan bahawa anda memilih produk yang berasaskan air untuk mengelakkan lebihan minyak untuk masuk ke dalam pori. Ini kerana jika anda menggunakan produk yang berasakan minyak, ia akan menjadikan kulit anda semakin berminyak dan liang pori akan semakin membesar. Pastinya ia bukan sesuatu yang dapat membantu usaha anda untuk kecilkan pori, bukan?

Produk yang mengandungi zink dan magnesium dapat membantu memulihkan keseimbangan minyak pada kulit dan menjadikan pori yang jelas kelihatan menjadi lebih kecil. Sesetengah daripada produk seperi ini mungkin boleh menyebabkan kerengsaan.

Pilih produk yang tertulis ‘noncomedogenic’ – tidak akan menyumbatkan liang pori. Kandungan asid salisilik – dapat membantu tekstur kulit dan membuka liang kulit kerana ia akan mengelupaskan kulit. Kandunagn retinol atau retinoid yang dipreskripsi kekuatannya, juga membantu mengelakkan pori dari tersumbat dan membuatkan ia kelihatan lebih kecil.



3. Losyen pelembap

Idea penggunaan losyen pelembap yang bertujuan untuk melembapkan kulit bagi individu dengan kulit berminyak mungkin tampak agak janggal. Walau bagaimanapun, ia membantu mengurangkan pembesaran pori.

Memilih pencuci berasaskan minyak mungkin akan menyumbatkan pori, namun berbeza dengan losyen pelembap yang digunakan selepas mencuci wajah, ia mendatangkan manfaat. Ini kerana pelembap menghidrat dan melembutkan kulit serta membantu sebum untuk dapat menembusi permukaan kulit dengan lebih dalam.

4. Topeng muka

Menggunakan topeng tanah liat untuk sekali atau 2 kali seminggu dapat membantu kecilkan pori anda. Di mana kaedah ini akan menghilangkan minyak dari liang-liang dan mengelakkannya dari menjadi lebih besar serta menjadikannya kurang ketara.

Walau bagaimanapun, adalah idea yang baik untuk tidak melakukannya pada hari sama anda exfoliating akan menyebabkan kulit menjadi kerengsaan dan boleh mengakibatkan pori semakin membesar dan jerawat akan muncul.

5. Rawatan ubatan

Penggunaan kaedah seperti retinoid, asid salisilat, asid alpha hydroxy atau benzoyl peroksida tidak akan hanya mengurangkan saiz liang dan kecilkan pori tetapi juga akan membantu memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari.

6. Pelindung matahari

Memakai pelindung matahari adalah amat penting untuk melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari dan boleh membantu kecilkan pori anda secara tidak langsung. Jika kulit terkena sinaran matahari secara berlebihan, ia mungkin menyebabkan kulit anda akan menjadi kering. Jika kulit anda kering, ia akan cenderung menyebabkan liang pori anda akan lebih kelihatan besar.

Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF-30 setiap hari. Sebaiknya elakkan dari terdedah kepada pancaran matahari antara pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Pelindung matahari adalah produk yang perlu ada bagi setiap individu. Kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan bukan sahaja mendedahkan kepada risiko kanser dan kedutan, malah ia membuatkan pori kelihatan lebih besar.



7. Cuci solekan

Seandainya anda gemar mengenakan alat solekan di wajah, pastikan anda menanggalkan dan mencucinya sebelum anda tidur, kerana ia dapat mengelakkan pori anda dari tersumbat dan pengumpulan bakteria. Jadi secara tidak langsung, ia juga membantu usaha anda untuk kecilkan pori.

8. Elakkan tidur bersama solekan

Setelah seharian penat bekerja, tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang memilih untuk tidur bersama solekan di wajah. Tetapi, jika anda sedang dalam usaha untuk kecilkan pori, jangan pernah masuk tidur tanpa membersihkan muka.

Ini kerana Membiarkan solekan pada wajah sepanjang malam, melibatkan gabungan solekan, kotoran, minyak dan bakteria – hanya akan menyumbat liang-liang pori dan cenderung menyebabkan ia lebih mengembang (membesar), malah akan merosakkan kulit.

Untuk memastikan cucian solekan anda lebih bersih, anda boleh gunakan produk pembersih solekan terlebih dahulu sebelum mencuci wajah. Seandainya, anda terlalu malas dan tidak larat untuk membersihkan muka, cukuplah sekadar anda membuang solekan pada wajah dengan menggunakan tisu pembersih solekan. Walau bagaimanapun, jika anda sayangkan kulit wajah anda, elakkan dari menjadi malas dan bersikap sambil lewa!

Liang pori pada pipi, hidung, dan dahi anda akan kelihatan lebih jelas dan besar mengikut peningkatan usia, atau apabila liang tersumbat. Memastikan kulit sentiasa bersih, mengelakkan sinaran matahari adalah dua cara yang terbaik untuk menjadi liang pori kurang ketara.

Malahan, jika anda dilahirkan dengan jenis kulit berminyak atau gabungan, anda sememangnya lebih cenderung untuk memiliki liang pori wajah yang besar. Namun, tidak adalah salahnya jika anda mencuba langkah-langkah di atas. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu kecilkan pori dan mengurangkan liang pori dari kelihatan jelas.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen