Siapa Sangka Dia Yang Setia Di Sisi Itu Adalah Jodoh Sendiri. Ini Tanda Bahawa Dia Itu Pasangan Tepat Buat Anda.

 

Siapa kata orang yang berlainan jantina ini tidak boleh menjadi rakan yang baik. Siapa kata yang bahawa mereka yang berlainan jantina ini bila kawan akan timbul perasaan sayang. Malah apa yang paling selalu anda dengar adalah rakan tidak boleh menjadi pasangan yang baik.



Semua itu silap sebenarnya. Ramai sahaja hubungan yang dimulakan dengan persahabatan. Tidak kiralah hubungan cinta ataupun hubungan suami isteri. Jika tiada permulaa sebagai rakan atau apa pun, tentu tak akan ada ke langkah seterusnya.

“Siapa kata dari kawan tak boleh jadi suami isteri, dan siapa pula kata dari cinta boleh jadi bahagia?”

Akan tetapi jika anda jumpa seseorang yang memiliki ciri-ciri seperti ini, jangan lepaskan kerana dia itu adalah calon yang tepat buat anda.

1. Penyokong nombor satu anda.

Dalam apa yang anda lakukan, dia akan terus menyokongnya. Apa pun pilihan yang dibuat, dia tak pernah merasakan itu tidak wajar atau sebaliknya tetapi dia lebih memikirkan anda. Macam anda begitu selesa untuk berkongsi tujuan atau sesuatu dengannya, kerana dia akan sentiasa menyokong anda.



2. Rasa sejuk dan tenang hati bila melihatnya.

Perkara yang ramai pesan, bila nak tahu dia itu jodoh anda atau bukan adalah dengan melihatnya. Jika melihatnya membuatkan anda rasa tenang dan lapang sahaja, maka dialah jodoh anda. Jodoh ini, apabila melihatnya rasa bagaikan tiada masalah walaupun pada ketika itu macam-macam bermain difikiran.

3. Tahu bagaimana nak uruskan anda.

Tak pernah mengeluh kata anda itu ini, tetapi dia lebih bijak nak uruskan sikap anda yang kadang kala tak masuk akal itu. Dia tahu bila anda marah apa yang perlu dia lakukan, bila sedih apa atau bila gembira. Kalau boleh setiap rasa yang anda alami itu dia tahu bagaimana nak urusnya.



4. Takut kehilangan.

Anda mahukan dia berada di sisi setiap masa malah dalam apa juga perkara yang anda hadapi. Ini kerana, anda merasakan bahawa hanya dia sahaja yang dapat memahami serta melengkapi hidup anda.

5. Paling penting, dia membawa kebaikan dalam hidup anda.

Nak tahu dia itu jodoh atau bukan apabila hadirnya dia membawa kebaikan kepada diri anda sendiri. Di mana, setiap perkara yang anda lakukan itu ada kebaikan yang tersirat. Sebagai contoh, jika dahulu jarang sekali solat kini andalah orang pertama yang akan bangun solat subuh.

Kadang kala, kita ini sibuk nak cari jodoh, tanpa sedar rupa-rupanya, ada jodoh yang setia di sisi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,836 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen