Kalau Dah Menaruh Harapan Dekat Seseorang, Cubalah Berusaha Untuk Memilikinya.

 

Terjatuh cinta, terminat atau tersuka itu adalah perkara biasa buat manusia yang memiliki hati dan keinginan. Perasaan sebegini memang tidak tahu bila akan tiba dan bila akan menghilang. Apa yang anda pasti tentulah perasaan itu sudah ada hingga membuatkan anda untuk memilikinya.

Walaupun bermula sebagai kenalan, rakan mahupun teman borak sahaja, perasaan sebegini boleh datang pada bila-bila masa sahaja walaupun pada awalnya tiada apa-apa yang terlintas. Bukankah ia menarik.



Namun, apabila perasaan sebegini telah muncul dalam diri anda, tentu sahaja sukar untuk anda sembunyikkan kerana perbuatan tanpa sengaja akan secara tak langsung akan membuktikan perasaan anda sendiri. Mungkin disebabkan perasaan itu membuatkan anda sedikit teruja dan ingin mendekatinya dengan lebih.

Tapi ada juga diantara mereka ini takut nak meluahkan perasaan sendiri, mana tidaknya mereka takut kalau-kalau kena reject. Perkataan reject ini adalah benda yang sangat menakutkan bagi mereka yang menaruh harapan terhadap seseorang, tapi sampai bila nak menaruh harapan je?



Perlu tunjukkan perasaan anda…

Jangan hanya simpan dan pendam sahaja perasaan itu. Adalah lebih baik kalau anda memberitahu terus kepada tuan punya badan. Memang seakan kerja gila, tapi kalau tak cuba mana tahu.

Jika anda hanya simpan perasaan dan dirinya juga hanya simpan perasaan masing-masing hanya kerana bimbang kalau-kalau tiba-tiba kena reject, itu bukan satu perkara yang berbaloi. Siapa tahu kalau anda memulakan dahulu dan mendapati dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda.

Tapi kalau anda tak berusaha untuk meluahkan apa perasaan anda, bila-bila masa sahaja anda mungkin akan kehilangan dirinya. Jika anda tak mahu, ramai lagi yang mahukan dirinya.



Tak apa kalau kena reject…

Jangan risau sangat pasal kena reject atau apa pun, apa yang penting adalah anda telah tunjukkan kepadanya bahawa anda telah berusaha untuk mendapatkannya. Bukannya, anda berharap tanpa melakukan usaha.

Bukan ke dalam mencari jodoh sendiri anda perlukan usaha. Maka, jika anda telah berusaha lalu kena reject maka itu tandanya dia bukan jodoh anda. Tapi yang penting anda telah berusaha untuk mendapatkannya bukannya hanya melepaskan begitu sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen