Tiada Istilah Kahwin Lambat, Yang Ada Cuma Jodoh Datang Pada Waktu Yang Tepat. Tapi Ada Baiknya Juga Kahwin Lambat Sedikit...

 

Bila bercakap pasal jodoh yang tak kunjung tiba ini, memang sangat membimbangkan dan mendebarkan. Mana tidaknya, apabila anda berharap jodoh akan tiba pada umur 25 tapi tak ada, bila berharap jodoh akan muncul lagi dua tahun tapi selepas dua tahun masih juga membujang.

Lihat rakan-rakan yang lain sudah sibuk dengan keluarga masing-masing tetapi ada sahaja yang masih sama dari dulu hingga kini. Kadang kala sampai rasa give up dengan usaha mencari jodoh, rasa tak nak berharap dah.



Lebih-lebih lagi apabila orang mula kaitkan dengan umur pula, lagi rasa dia macam tak tahu nak kata apa. Nak berharap pun dah malas sebabnya tunggu-tunggu pun jodoh tak muncul-muncul.

Jangan risau kalau orang kata anda lambat menikah, atau apa pun. Banyak sebenarnya faedah bila kahwin pada umur yang tidak terlalu muda ini. Apa yang anda boleh lihat kalau berkahwin pada umur atas 26 tahun ini adalah…



1. Lebih bersedia nak pikul tanggungjawab.

Jangan bimbang, apabila anda berada pada umur ini, anda akan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab berbanding merasakan perkahwinan itu menyatukan dua hati sahaja. Bahkan, untuk memilih anda sebagai pasangan juga sangat beruntung kerana anda tidak pandang remeh mengenai tanggungjawab tak kiralah lelaki atau perempuan.

2. Lebih matang.

Apa yang lebih jelas adalah masing-masing adalah tersangat matang dalam membuat keputusan. Bukan mudah nak buat keputusan dalam perkahwinan ini, tetapi bila anda pada usia ini anda lebih banyak memikirkan kebaikan dan keburukan berbanding melakukan ikut perasaan.

3. Lebih menghargai pasangan.

Mereka yang lambat menerima jodoh ini biasanya akan lebih menghargai jodoh mereka. Sebabnya telah lama menunggu dan berharap seseorang yang tepat dan akhirnya memilikinya, tentu sahaja akan lebih dihargai serta takut kehilangan dirinya. Nampak tak bertuahnya mereka ini.



4. Tidak kiralah menikah muda atau tidak, yang penting anda akan bernikah juga.

Tiada istilah bahawa seseorang itu lambat berkahwin ataupun tidak, ini kerana jodoh setiap orang itu talah ditakdirkan oleh Allah. Jadi tiada istilah lambat tetapi adalah tepat.

5. Biar lambat asalkan selamat.

Perkahwinan di saat begini sebenarnya lebih mudah jika nak bandingkan saat muda. Ini kerana, masing-masing sudah faham apa yang penting dalam hidup malah tahu apa yang terbaik untuk hubungan. Jadi masing-masing akan lebih cuba memahami pasangan daripada terus mempersoalkannya.

Jangan kecewa kalau anda terlambat sedikit berbanding mereka yang lain, tapi yang penting anda pun kahwin juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen