Pertunangan Disembunyikan, Pernikahan Dihebohkan. Banyak Kebaikan Rupanya...

 

Buat mereka yang sudah bersedia menuju ke alam rumahtangga tentu sahaja akan melalui fasa pertunangan dahulu. Fasa ini adalah saat pasangan tersebut untuk saling kenal antara satu sama lain. Namun ada juga pasangan yang memilih untuk tidak bertunang tetapi terus kepada perkahwinan, itu semua bergantung kepada pilihan masing-masing.



Sekarang ini kalau dilihat, majlis pertunangan itu sudah hampir sama dengan majlis pernikahan. Dari segi pelamin, kemah untuk tetamu makan, pakaian yang disertakan berhelai persalinan serta jumlah tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Sebenarnya, majlis pertunangan ini tidak elok untuk diheboh-heboh kepada umum, adalah lebih baik kalau hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang ketahuinya.



‘Pertunangan masih berisiko…’

Walaupun telah nampak seperti satu hubungan yang pasti, tetapi pertunangan ini adalah satu hubungan yang masih lagi berisiko kerana, kalian belum lagi sah sebagai suami isteri malah palbagai kemungkinan akan terjadi.

Ada banyak insiden yang tidak diingini mengenai pertunangan ini, ada yang memutuskan kerana berjumpa dengan yang lebih baik, ada yang tak jadi berkahwin kerana tawar hati dan pelbagai lagi. Walaupun nampak satu perkara yang serius tetapi pertunangan ini sebenarnya masih lagi goyang.

‘Kelebihan bertunang…’

Memanglah ramai yang beranggapan dengan menghebohkan pertunangan ini nanti tunangan anda itu tidak akan ada siapa yang usik atua mahu cuba, namun kalau ditakdirkan itu bukan jodoh anda, maka ia bukanlah jodoh anda.

Namun apa kelebihan jika pertunangan kalian ini disorokkan dari pengetahuan umum? Kelebihannya adalah dapat mengelakkan fitnah serta hasad dengki manusia. Cuba bayangkan betapa bahayanya perkata ini terhadap hubungan yang masih belum kukuh lagi.



‘Cukup sekadar ahli keluarga yang tahu…’

Bukannya bila dah bertunang itu tidak boleh dihebakan tetapi adalah lebih baik kalau hanya ahli keluarga serta saudara mara sahaja yang tahu. Bukan tak boleh hebohkan langsung tetapi cukup sekadar dalam satu kelompok kecil sahaja, itu pun kadang kala akan terbocor juga.

‘Pernikahan itu perlu disebarkan…’

Berlainan pula dengan pernikahan yang telah sah menjadikan kalian sebagai suami isteri. Perkara ini sememangnya pelru dihebakan kepada orang ramai agar dapat menggelakkan fitnah. Sebab itu digalakkan untuk mengadakan majlis walimah atau majlis perkahwinan, di mana ia bertujuan untuk memberitahu orang ramai akan hubungan yang sah serta meraikan suami isteri yang baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen