Bila Suami Bijak Mengalah Dulu Apabila Berlaku Salah Faham, Isteri Akan Mudah Untuk Jadi Taat Sebab Sayang.

 

Bila dah kahwin kelak, akan banyak salah faham akan timbul, kadang kala itu hanya kerana perkara remah temah je tapi boleh menyebabkan tak bertegur selama dua atau tiga hari. Lagi-lagi bila sama-sama duduk berjauhan, lagi lah payah nak selesaikan masalah sebegini.

Biasanya perkara-perkara sebegini akan berlaku apabila pasangan suami isteri itu sama-sama ego tinggi, saling tak nak mengalah. Kalau pernah mengalah pun, tentu sahaja masing-masing akan kira berapa banyak yang dia pernah mengalah sebelum ini.



Bukan orang lelaki je yang ada ego dan sikap keras kepala, orang perempuan pun ada juga. Malah orang perempuan ini bukan hanya ikutkan rasa marah mereka sahaja tetapi lebih kepaa ikutkan rasa hati dan emosi mereka juga. Sebab itu, kalau lelaki ego, wanita akan lebih berganda-ganda egonya.

Tapi bila sudah dijodohkan dengan pasangan seperti ini, jangan rasa menyesal atau apa pun. Adalah lebih baik kalau cuba untuk membimbing dirinya serta beri teguran yang betul.

Bila salah faham timbul, suamilah yang kena mengalah dulu sebenarnya. Bukan apa, mengalah demi tujuan yang baik. Isteri ini agak keras sedikit ini kalau anda tidak cuba untuk dilembutkan tentu akan keras sampai bila-bila, jadi macam mana nak selesaikan salah faham.



Isteri yang keras ini perlu dibimbing serta perlu diberikan contoh yang baik, barulah perkahwinan itu akan lebih mudah untuk dikendalikan. Di mana, jika isteri selalu tengok suami mereka mengalah, nanti lama-lama mereka juga akan terasa hati nak mengalah.

Orang kata, kalau keras diikutkan keras juga, nanti buruk padahnya. Maka dengan itu, si suami walaupun miliki ego tinggi cuba untuk mengalah sekali sekala. Barulah isteri pun tak cuba nak ikutkan keras kepalanya sahaja. Tapi kalau perkara sebegini tak berkesan?

Jangan bimbang, kalau perkara sebegini tak berkesan mungkin para suami boleh berikan sedikit teguran buat mereka ini. Teguran yang berniat untuk mengajar serta membimbang pasangan bukannya yang menyakiti serta melukakan hati pasangan anda.



Apa yang lebih menguntungkan adalah, apabila seorang suami yang mengalah dahulu, lama ke lamaan isteri akan lembut hati dan mula mengalah dengan sendirinya.

Namun begitu, ia bukan ambil masa yang sekejap untuk semua ini. Mungkin ia akan makan tahun dan bulan tetapi kesabaran yang tinggi itu penting dalam mendidik pasangan. Cepat atau lambat tentu sahaja bahagia akan datang menjelma.

Orang tua-tua kata, kalau suami isteri sama-sama ego, maka suami kenalah pandai mainkan peranan kalau isteri tak nak mengalah. Suamikan ketua keluarga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen