Bakal Pengantin Yang Takut Nak Tinggalkan Solat Selepas Selesai Make Up, Ini Tips Untuk Anda.

 

Sering kali dingatkan agar tidak meninggalkan solat ketika berlangsungnya majlis perkahwinan. Ini kerana, solat itu menambahkan lagi keberkatan dalam majlis yang berlangsung itu. Jika pengantin lelaki, mungkin dirinya tidak akan ada masalah untuk solat tetapi macam mana dengan pengantin wanita?

Ini kerana, biasanya pengantin wanita akan mula makeup seawal pagi lagi kerana bimbang jika dilewatkan mungkin akan menyebabkan majlis akan tertunda. Namun bagaimana pengantin wanita nak solat Zuhur kalau dirinya telah dimakeupkan?



Dalam Islam, adakah rukhsah yang diberikan untuk pasangan pengantin ini supaya tetap menjaga solat mereka?

Sebelum menjawab soalan ini, perlu difahami bahawa solat merupakan satu ibadah yang menghubungkan hamba dengan Tuhan-Nya yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Solat merupakan tiang agama dan ALLAH SWT mencela orang-orang yang melalaikan dan bermalas-malasan dalam menunaikan solat.



Ia merupakan rukun Islam yang paling utama setelah dua kalimah syahadah.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (Surah An-Nisa:103)

Dalam urusan walimatul urus khususnya kepada pengantin perempuan atau ahli keluarga yang terlibat, hendaklah memahami bahawa segala aktiviti dalam perkara ini tidaklah termasuk dalam sesuatu urusan yang bersifat darurah (kesukaran yang mendesak) sehingga wujudnya hukum rukhsah sebagai maslahah (jalan keluar).

Ini kerana tidak terdapat masyaqah (kepayahan) yang terlalu mendesak sehingga boleh menyebabkan kematian atau sebagainya.



Walimatul urus tujuannya untuk ‘mengiklankan’ perkahwinan pasangan pengantin kepada jiran tetangga dan sanak saudara, di samping mengharapkan doa restu daripada mereka yang hadir sebagai tetamu.

Tidak sepatutnya majlis yang penuh kebaikan ini dicemari dengan perkara mungkar dan maksiat yang akan mengundang pula kemurkaan ALLAH SWT.

Bagi memudahkan urusan dan mengharapkan keberkatan dalam majlis yang diadakan, antara tip bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan yang boleh dilaksanakan:

Pertama: Berwuduk sebelum mekap. Jagalah wuduk sebaik mungkin dan titipkan pesanan kepada suami supaya aktiviti menyentuh dan disentuh tidak berlaku sehinggalah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH SWT terlebih dahulu.

Kedua: Mulakan majlis pengantin bertemu dengan tetamu (makan beradab) selepas masuknya waktu Zuhur.

Ketiga: Pesan kepada individu yang mengendalikan ‘PA system’ dan supaya menghormati azan yang berkumandang, jika menggunakan khidmat ini.

Keempat: Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh.

Kelima: Cari lokasi majlis yang berdekatan dengan surau/masjid.

Keenam: Tulislah pada kad jemputan dengan pesanan: ‘Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis’.

Jangan tinggalkan solat hanya kerana ingin mengutamakan majlis perkahwinan anda. Dengan solat ini juga membantu hubungan anda suami isteri mendapat keredhaan Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen