43 Pantang Larang Buat Bakal Pengantin Yang Selalu Dipesan Orang Tua-Tua, Ada Yang Masih Percaya Sampai Ke Hari Ini.

 

Masyarakat Melayu ini memang terkenal dengan pantang larang mereka. Nak-nak lagi kalau mak ayah masih lagi tinggal di kampung bersama nenek dan atuk, haa.. lagi dia punya pantang larang sampai kadang kala tak boleh nak ikut.

Selalunya yang paling kerap kali dengar adalah “jangan nyanyi dekat dapur nanti dapat suami tua” ataupun “anak dara jangan duduk depan pintu, nanti orang nak meminang patah balik”.



Kadang kala pantang larang ini bukan sekadar suka-suka, tentu sahaja ada sebab mengapa orang tua-tua akan meletakkan pantang sebegini. Sama ada bertujuan untuk menjaga nama, fokus serta kesopanan diri. Siapa tahu bukan.



Eh, tapi bukan hari-hari biasa je ada pantang larang, nak kahwin pun ada pantang larang juga. Malah pantang larang orang nak kahwin ini lagi teruk dan kadang kala sampai tak logik, tapi di saat ini patang larang bukannya satu kemestian yang perlu diikut, ia sekadar pilihan sahaja.

Bakal pengantin, jom baca.

1- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

4- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

10- Elakkan minum minuman keras dan merokok.

11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

20- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

21- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

25- Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

29- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

34- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

35- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

37- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.

38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

39- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

40- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.

41- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

42- Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

43- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

Orang-orang tua dahulu selalu mengingatkan anak cucu mereka supaya tidak melanggar pantang larang. Bagi mereka, melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Pantang larang itu tidak salah, tetapi diingatkan agar janganlah berlebih-lebihan sehingga menyalahi agama pula.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen