Tolong Jangan Terlalu Baik, Kalau Hanya Anggap Sekadar Rakan Sahaja...

 

Perasaan yang selesa antara lelaki dan perempuan itu biasanya mampu melahirkan perasaan yang lain. Nak-nak lagi apabila salah seorang seolah-olah macam memberi ruang dan jalan untuk terus perasaan sebegitu hadir dalam hati. Jika anda dan si dia hanya sekadar kenalan dan rakan, jangan terlalu selesa antara satu sama lain, kerana apa yang akan menakutkan itu akan semakin mendalam.



Akan tetapi itu bukan asbab untuk anda dan dirinya saling berjauhan dan tidak berkawan lagi. Kalian seharusnya cuba untuk mengawal rasa keselesaan bagi mengelakkan perasaan tersuka, tercinta itu hadir dalam hubungan. Jika kalian terlalu saling memberi perhatian, tentu sahaja perasaan sebegini akan timbul. Jika seseorang diberikan tumpuan secara berterusan, dalam jangka panjang pasti akan muncul perasaan yang betul.

Sama ada anda atau dia yang memulakan perkara sebegini, itu bukan masalahnya akan tetapi apabila ia mula memasuki dalam hati itu yang menjadi segala masalah. Setiap apa yang dilakukan mampu membuatkan perasaan cinta itu hadir.



Jika niat untuk berkawan, maka jangan perlu menggunakan perasaan…

Berhenti membuat seseorang selesa dengan anda jika anda sekadar mahu berkawan dengannya, jangan tambah dengan pelbagai perkara yang mendatangkan perasaan yang tidak diinginkan, kerana ia akan menyakiti seseorang. Cuba untuk sedar setiap perkara yang anda lakukan itu, jangan sampai perasaan itu hadir dahulu.

Mungkin perasaan itu boleh disembunyikan, dan disimpan sedalamnya, namun sampai bila untuk terus menerus begitu? Boleh jadi ia semakin kuat dan melukakan jika perbuatan itu terus menerus dilakukan pada masa yang sama ada yang memilih orang lain.



Perkara-perkara sebeginilah yang mendatangkan satu harapan ingin bersama, mengharap bahawa perasaan itu akan dibalas malah mengharapkan anda membalas cintanya itu. Bukan mudah nak buang pengharapan sebegini kerana akhirnya ia akan mengecewakan dan melukakan hati seseorang.

Apabila tidak mahu perkara sebegini berlaku, maka dengan itu, kalian antara satu sama lain perlu jelas akan hubungan masing-masing. Jangan cuba lebih dalam memberikan perhatian dan layanan, boleh jadi nanti ia akan menjadi satu masalah untuk kalian.



Ingat, perasaan akan hadir apabila seseorang mula memberi harapan dan ruang. Malah pengharapan akan mula ada apabila perbuatan itu terus konsisten.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen