Jodoh Itu Ada, Mungkin Belum Sampai Masanya Untuk Kalian Bersama...

 

Buat mereka yang masih belum menerima jodoh yang tepat, jangan kecewa dan bersedih hanya kerana melihat orang lain bahagia bersama pasangan mereka, sedangkan anda masih belum mempunyai pasangan. Jangan merasakan bahawa anda tak berhak untuk bahagia sedangkan bersendirian juga mampu bahagia.



Rasa bahagia itu adalah ciptaan diri sendiri, di mana anda boleh membuat diri anda untuk rasa bahagia atau pun. Yang mana pilihan anda, yang itulah akan anda rasai. Jika anda pilih untuk cemburu akan kebahagiaan orang lain, maka anda tidak akan rasa bahagia, tapi jika anda memilih untuk bahagiakan diri sendiri, tentu anda akan rasa bahagianya.



Jangan merungut dengan setiap desakan atau sebarang pertanyaan, mereka-mereka yang bertanya itu hanya membimbangkan diri anda sahaja. Jangan rasa tertekan akan perkara sebegitu, terima sahaja desakan dan pertanyaan itu dengan hati yang baik, dan jangan merasa rimas akannya. Mana tahu setiap desakan dan pertanyaan itu ada doa buat anda.

Jangan rasa payah dalam usaha mencari jodoh ini, kerana yang benar-benar terbaik dan tepat sedang menunggu anda dalam doanya. Anda mungkin tak tahu siapa dia, akan tetapi dia akan sentiasa menyebut anda dalam doanya. Jodoh itu boleh jadi mereka yang paling dekat atau yang paling jauh dari anda, maka sentiasa berbuat baik dengan mereka di sekeliling anda.



Jangan malu meminta bantuan orang lain. Jodoh ini boleh datang dengan pelbagai cara, melalui usaha anda sendiri ataupun bantuan dari orang lain. Mungkin jodoh itu boleh datang dari rakan, ibu bapa, ahli keluarga ataupun melalui laman mencari jodoh. Jangan malu untuk mencuba atau bertanya, mana tahu mereka ini membawa jodoh buat anda.

Jangan pernah putus asa dalam mencari jodoh anda. Ini kerana, jika anda berputus asa maka, sampai bila pun anda tidak akan berjumpa dengan jodoh yang ada cari itu. Akan tetapi anda sepatutnya gandakan lagi usaha anda. Di mana, kalau dulu sekadar berdoa dan mencari sahaja, kini anda perlu tambah pula dengan solat sunat lain ataupun doa-doa yang memudahkan jalan anda untuk berjumpa dengan jodoh anda.



Jodoh itu boleh datang dengan pelbagai jenis, hanya usaha sahaja yang akan menentukan segala-galanya. Jangan pernah putus asa dalam mencari jodoh, malah jangan bersedih jika jodoh masih belum tiba lagi. Ingatlah bahawa jodoh yang baik akan datang apabila tiba masanya.

Jangan bersedih dan teruskan nikmati zaman bujang yang hanya datang sekali ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,907 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen