Pengantin Berhijab Nak Tampil Selesa Di Hari Penting, Ini Penjagaan Rambut Buat Anda.

 

Rambut adalah mahkota yang sangat penting untuk dijaganya. Walaupun anda mengenakan tudung, itu tidak bermakna anda boleh membiarkannya tanpa penjagaan. Malahan, rambut yang sentiasa bertudung ini perlu lebih penjagaan untuk kekalkan ia sihat dan juga berbau harum.

Nak-nak lagi apabila anda bakal mendirikan perkahwinan, tentu sahaja anda tidak mahu rambut anda berbau malah anda juga ingin kekal segar pada majlis perkahwinan ini. Namun begitu, jika anda tidak menjaganya dengan betul tentu ia akan memberi kesan kepada anda.



Macam mana nak kekal segar pada majlis anda nanti?

Ini tips yang berguna membantu anda.

1. Keringkan rambut dahulu sebelum memakai tudung.

Rambut yang basah lalu ditutup akan berdepan dengan masalah rambut berbau, gatal, tidak sihat serta masalah kelemumur. Maka dengan itu untuk mengelakkan perkara sebegini, keringkan dahulu rambut anda apabila ia sedang basah, jangan terus memaki tudung.



2. Jangan ikat terlalu kuat.

Selalunya orang yang memakai tudung ini tentu sahaja mahukan rasa kekemasan lalu memilih untuk mengikat rambut dengan kuat, terutama mereka yang berambut panjang ini. Jangan ikat terlalu kuat kerana ia akan merosakkan akar rambut.

3. Pilih syampu yang bersesuaian.

Ini adalah perkara yang sangat penting di mana ia bantu menjaga kesihatan rambut anda. Bukan itu sahaja, jika ada memilih yang sesuai ia juga akan merawat rambut anda.

4. Jangan lupa untuk cuci anak tudung.

Jangan ambil mudah akan kotoran yang ada pada anak tudung anda, ini kerana jika anda tidak membasuhnya dengan kerap ia mungkin akan mengakibatkan rambut anda berbau dan tidak sihat. Walaupun anda basuh rambut tetapi tidak anak tudung, sama sahaja bukan.



5. Sentiasa sikat rambut sebelum dan selepas bertudung.

Jangan ingat apabila anda bertudung anda tidak perlu untuk menyikat rambut. Anda perlu lakukan juga kerana ia akan mengelakkan kesihatan rambut anda dan tidak merosakkannya. Memilih sikat yang bergigi jarang agar rambut akan lebih tersusun dan tidak kusut.

6. Jangan ikat rabut apabila di rumah.

Bukan tak boleh ikat, boleh tapi lebih elok jika anda melepaskannya sahaja. Ini kerana, rambut tersebut akan dapat udara malah ia membantu merehatkannya. Tak hanya itu, ia juga dikatakan mampu melancarkan darah di kepala.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen