Dalam Rancang Majlis Perkahwinan Itu, Bakal Pengantin Kena Alert 4 Perkara Ini.

 

Apabila telah selesai majlis merisik dan bertunang, tentu sahaja anda akan mula mengatur mengenai majlis perkahwinan anda. Tidak kiralah ikatan pertunangan itu mengambil masa berapa lama sekali pun, tentu sahaja anda sudah mula merancang sesuatu.

Tak akan nak tunggu dah dekat baru nak melakukan beberapa persiapan, tentunya anda akan membuat perancangan yang awal bukan. Nak-nak lagi jika anda dan pasangan sama-sama sibuk dengan kerjaya masing-masing.



Pernah tak anda terfikir apa yang tersangat penting dan perlu berhati-hati dalam membuat perancangan perkahwinan ini?

Nak tahu apa yang penting, jom baca ini.

1. Pemilihan tarikh kahwin, jangan sampai bertindih dengan rakan anda.

Ramai yang memilih tarikh seperti cuti umum atau tarikh-tarikh yang cantik untuk mengabadikan kenangan kalian bersama pasangan, namun perlu diingatkan bahawa pemilihan tarikh ini sangat penting. Jika anda silap pilih tarikh mungkin majlis anda tidak akan begitu meriah kerana ramai orang terburu-buru dimajlis nanti.



2. Fikir sebelum membuat tempahan.

Selalunya, ramai orang akan terburu-buru membuat tempahan terhadap pelamin atau apa pun kerana melihat package yang menarik. Namun, apabila melihat ada package yang lebih murah dan menarik ia membuatkan anda mengambil keputusan untuk membatalkan lalu memilih yang lain. Jangan lakukan perkara ini, biasanya anda terpaksa menganggung kerugian ataupun anda akan jadi pelanggan yang tidak disenangi ramai.



3. Jangan membazir sebab nak buat majlis besar.

Penat-penat kumpul duit tak akan nak habiskan dalam masa satu hari, jadi apa kata ada cuba jimatkan yang mana perlu dan yang mana tidak. Jangan pula anda rasa berlumba-lumba nak lawan majlis siapa yang paling grand. Nanti anda juga yang sakit. Ingat, perkahwinan itu mudah sahaja kita yang menyukarkannya.

4. Jangan lupa solat pada hari majlis.

Ramai pengantin yang selalu lupa tanggungjawab sebagai hamba ini. Mana tidaknya, mak andam akan datang awal pagi sebab banyak tempat yang perlu dia pergi untuk mendandan pengantin. Jadi anda kemungkinan akan disiapkan awal. Bagaimana nak solat dengan makeup di wajah bukan? Buat pengantin lelaki tentu tak ada masalah tetapi buat pengantin perempuan bagaimana?

Apa kata kalau anda memilih tarikh yang mungkin tidak membolehkan anda solat. Bukan ke lagi mudah untuk menguruskannya.

Setiap orang mempunyai hak dalam perancangan mereka, tetapi ini adalah perkara yang disarankan agar tidak menyakiti hati orang serta melanggar larangan agama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,998 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen