Bakal Pengantin Kena Bijak Pilih Warna Kanta Lekap, Jangan Yang Bukan-Bukan. Nanti Jadi Kelain Pula.

 

Buat mereka yang rabun tentu sahaja hari bahagia ingin timbulkan kelainan. Bahkan jarang sekali dibuat orang bersanding bersama dengan cermin mata, jadi kanta lekap akan membuat mereka tampil lebih anggun dan cantik semasa bersanding.

Bukan itu sahaja, penggunaan kanta lekap ini bagaikan saru kebiasaan juga. Namun, pelbagai warna yang menyebabkan kadang kala ia kelihatan sedikit janggal.



Buat bakal pengantin, tentu sahaja perlu lebih bijak dan berhati-hati dalam memilih kanta lekap sebagai salah satu perhiasan untuk majlis bersanding nanti. Jangan terlalu memilih yang pelik-pelik takut nanti tak sesuai dengan gaya makeup yang dikenakan hari bersanding nanti.

Nak pilih kanta lekap ini, perlu lihat beberapa perkara;

1. Untuk kegunaan nikah ataupun tunang.

Pemilihan warna lens mestilah yang agak sweet dan tidak terlalu terang. Ini kerana, makeup pada ketika ini tidak terlalu tebal. Jadi kalau nak nampak ayu kenalah gunakan kanta lekap yang berwarna lembut seperti coklat lembut serta kelabu lembut.



2. Untuk bersanding.

Nak naik seri pengantin, malah nak nampak makeup agak menggancam kerana makeup agak tebal perlu memilih kanta lekap yang sedikit terang. Barulah ia akan menaikkan lagi makeup yang anda gayakan itu. Kalau pemilihan kanta lekap tak kena, takut nanti membazir sahaja anda tempah MUA mahal-mahal.

3. Tengok saiz mata.

Saiz mata ini sangat penting sebabnya kalau anda tak fokus pada bahagian ini dengan betul nanti ia akan membuatkan anda tersilap pilih. Mata yang kecil dan sepet, saiz yang sesuai adalah 14mm-15mm, buat mata yang bulat dan agak besar, saiz yang sesuai adalah 15mm-16mm.



4. Keselesaan mata.

Memilih kanta lekap yang berkualiti adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada mata anda. Nak-nak lagi kalau anda memilih kanta lekap yang tak berkualiti, takut ia akan memberi kesan yang tidak diingini.

Bukan itu sahaja, para pengantin dinasihatkan agar berlatih dan membiasakan diri dengan memakai kanta lekap sebelum hari pernikahan, supaya akan biasa dan rasa selesa. Malah nanti ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk memakainya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen