Nak Ajak Anak Dara Orang Kahwin Ini Jangan Hanya Di Mulut Sahaja Tetapi Dah Bersedia Akan 4 Perkara Ini.

 

Seorang wanita tentu sahaja, mengharapkan dari lamaran seorang lelaki yang dia cintai. Lamaran itu sudah tentu sanggup ditunggu walaupun bertahun lamanya, asalkan pasangannya itu betul-betul sayang dan setia akan dirinya.

Walaupun sekadar ayat;

“Jom kahwin.”

Tentu sahaja akan membuatkan hati si gadis meloncat keriangan. Mana tidaknya, jejak yang ditunggu selama ini mengajak untuk berkahwin. Bukan mudah, hanya mereka yang betul-betul bertanggungjawab sahaja aka melakukan perkara itu. Jika tidak, hubungan itu sekadar sia-sia sahaja.



Namun begitu, sebelum nak melamar si gadis, anda sebagai seorang lelaki perlu memikirkan dahulu beberapa hal. Bukan apa perkahwinan ini bukannya boleh dibuat main.

1. Bersedia untuk membimbing.

Dalam perkahwinan, anda lah orang yang akan membimbing pasangan anda. Sudah bersedia untuk membimbing pasangan anda dalam segala hal? Dari segi agama, sikap, kewangan dan pelbagai lagi. Sudahkah anda bersedia untuk perkara sebegitu? Ini kerana, ramai lelaki lupa bahawa tanggungjawab membimbing isteri itu adalah salah satu tugas seorang suami.



2. Mampu berkomunikasi dengan baik bersamanya.

Anda yakin bahawa anda mampu berkomunikasi dengan baik selepas kahwin dengannya nanti? Mana tidaknya, kalau sebelum kahwin ini mungkin anda mampu berkomunikasi dengan baik kerana ingin memilikinya. Namun selepas kahwin, adakah ia masih seperti itu lagi?

3. Mampu melindunginya.

Masa bercinta ini memang anda begitu pantas melindungi dirinya, namun selepas berkahwin nanti adakah ia sama seperti itu? Sedangkan selepas kahwin nanti anda perlu melindunginya serta anak-anak dari setiap perkara. Bukannya dia yang perlu melindungi anda. Bersediakah anda untuk perkara sebegini?



4. Kewangan.

Bukan suruh untuk memiliki kewangan yang stabil, namun adakah anda bersedia untuk menggunakan tulang 4 kerat anda untuk mencari rezeki demi keluarga anda? Adakah anda sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk mencari rezeki demi mengenyangkan perut mereka ini?

Perkahwinan ini nampak macam mudah, tetapi jika di dalamnya tiada kesanggupan dan hanya mengharapkan kasih sayang sahaja memang tak jadi apalah. Sebab itu ada perlu sanggup dan bersedia dalam perkahwinan ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen