Wanita Itu Memang Hebat, Tapi Lagi Hebat Kalau Anda Diuji Dengan Perkara Sebegini...

 

Pernah anda terfikir bagaimana nak menjadi wanita hebat? Tentu sahaja bukan, sering kali kita dengar akan kisah-kisah wanita hebat dan dijanjikan syurga, tidak terlepas kita meneliti tokoh seperti Saiditina Khadijah Khuwailid, isteri baginda Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang itu juga, Maryam bintu Imran, ibu kepada Nabi Isa a.s. yang disebutkan di dalam al-Quran. Tetapi barangkali kita belum mendalami kisah seorang wanita yang mempertahankan jiwanya demi keimanan sebenar kepada Allah SWT. Wanita yang dimaksudkan ialah Asiah bintu Muzahim iaitu isteri kepada Firaun.

Wanita-wanita ini tentu sahaja akan menghidupkan semangat dalam diri kita ini, namun sebagai seorang wanita kita tentu sahaja mahu menjadi salah seorang daripada mereka ini. Namun pada masa kini, ujian seperti ini mungkin ada tetapi berlainan.



Wanita yang hebat itu bukan seorang yang berjawatan tinggi, berpendidikan tinggi ataupun seorang yang mampu memiliki kekayaan berbanding suaminya. Tetapi wanita hebat itu apabila dia mampu menempuhi ujian rumah tangga dan kerenah suaminya sendiri.

Nak tahu wanita hebat itu bagaimana?

Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya disakiti berkali-kali oleh seseorang. Tidak pernah berniat untuk membalasnya malah dia terima setiap ujian dengan hati terbuka. Walaupun, kadang kala senyumannya itu bertemankan air mata, namun tetap sahaja dia berusaha untuk memberi senyuman yang seikhlasnya.



Tidak hanya itu sahaja, dalam apa kurangnya pasangan yang membuatnya terluka, dirinya masih lagi mampu menjaga aib pasangannya itu. Tidak dijaja ke sana sini hanya untuk memalukan pasangannya tetapi lebih untuk disimpan sendiri sahaja. Walaupun inginkan satu penyelesaian, dirinya akan meminta bantuan dari mereka yang sepatutnya. Bukannya mereka-mereka yang membawa kisah itu dari satu mulut ke mulut yang lain.



Dalam hubungan suami isteri, tidak semuanya akan begitu sempurna. Namun, sebagai seorang isteri, dia perlu mentaati suaminya walaupun suaminya itu seorang yang lalai dalam tanggungjawabnya. Bahkan dia sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi hidayah dan buka pintu hati suaminya itu untuk kembali melakukan tugas seorang suami serta kembali ke jalan Allah.

Wanita ini begitu mudah untuk menuju ke syurga dengan hanya 4 perkara sahaja. Di mana apabila dia menunaikan solat fardu 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri serta mentaati perintah suaminya.
Bahkan mereka ini juga mudah untuk ke neraka atas perbuatannya juga. Jadi apabila sudah bergelar isteri itu yang mana anda mahukan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen