Jangan Memilih Sangat, Makin Lama Usia Makin Meningkat.

 

Setiap orang tak akan tahu bila jodohnya akan datang. Umur berapa, pada waktu bila dan bagaimana jodohnya itu. Namun, apa yang sentiasa menjadi angan-angan adalah jodohnya itu seseorang yang mengikut kemahuannya, serta sempurna dimatanya.

Bagi yang masih belum berkahwin kerana belum menjumpai jodoh itu tidak mengapa. Itu adalah suratan takdir yang tidak boleh diduga. Masalahnya adalah mereka yang terlalu memilih dan cerewet mengenai pencarian jodoh mereka ini.



Ada segelintir yang akan cuba mencipta alasan untuk kerana jodoh mereka itu tidak sesuai pada mata mereka, bukan seperti yang mereka mahukan. Maka keluarlah segala alasan seperti tak bersedia nak kahwin, tunggu yang lebih baik dulu, nak yang berjawatan besar, nak sambung belajar dan pelbagai lagi alasan yang ada.

Hasilnya apa yang akan terjadi?

Lama-kelamaan, mereka ini tidak sedar akan usia mereka yang semakin meningkat dan menua. Mereka ini masih lagi menunggu seseorang yang mempunyai pakej lengkap pada mata mereka. Kalau boleh pasangan yang datang kepada mereka itu adalah begitu sempurna.



Tidak kiralah lelaki atau perempuan tentu sahaja begini. Kalau yang lelaki, mahukan yang cantik persis model, pandai mengaji, memasak serta lengkap serba serbi. Mana ada seseorang yang boleh jadi sesempurna itu?

Anda mahukan yang terbaik bukan, sebab itu segala perkara ini timbul. Namun jangan terlalu berusaha mencari yang anda mahukan. Takut nanti anda tidak akan berkahwin sampai bila-bila.

Boleh jadi jodoh anda akan datang sekali itu sahaja, tetapi apabila anda mengabaikannya maka lambat lagi jodoh yang akan datang. Namun, jika anda memilih itu tidak mahu, ini tidak mahu sedar-sedar usia telah meningkat naik tanpa anda duga.



Di dunia ini tiada seorang pun pasangan yang sempurna. Baik anda mahupun jodoh anda. Di dunia ini berhadapanlah dengan realiti, maka sesuatu yang berharga yang akan anda temui.

Cukup bersederhana dalam menetapkan ciri-ciri calon idaman anda. Jangan terlalu berlebihan sehingga ia tak wujud dalam dunia ini bahkan jangan juga terlalu kurang takut nanti anda pula yang tak terkejar nak memahaminya.

Usah terlalu memilih pasangan hidup ini, bimbang nanti anda langsung anda tak berkahwin nanti tapi pada masa yang sama jangan terburu-buru dalam membuat pilihan takut nanti anda rugi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen