Bila Hubungan Tak Menjadi & Terluka, Pernah Tak Korang Tanya Kenapa Perlu Jumpa Orang Yang Salah Dulu, Bukan Terus Jumpa Jodoh.

 

Hubungan yang dibina tidak menjadi. Pernah rasa kecewa dan sedih? Kekasih lama bukan pasangan yang baik buat anda. Pernah atau tidak anda terfikir mengapa hubungan anda yang dulu itu tidak menjadi.

Mengapa di antara kita ini perlu berjumpa dengan seseorang yang salah dahulu sebelum jumpa yang tepat?

Mengapa perlu alami kelukaan dahulu sebelum berjumpa kebahagiaan?



Pasti ramai sahaja yang berdepan dengan penipuan, kecurangan, salah faham serta pelbagai lagi yang menyebabkan perpisahan bukan. Ayat cliché yang selalu guna apabila semua ini berlaku adalah “nak mencapai kebahagiaan itu bukan mudah, kita perlu terluka dahulu baru kenal erti kebahagiaan.

Walaupun hubungan yang tidak menjadi itu banyak memberi pengajaran kepada anda, tentu sahaja anda ingin tahu mengapa anda perlu melalui perkara ini dahulu bukan.

Biasanya hubungan yang tidak menjadi ini kerana cenderung 3 perkara;



1. Tidak mampu menilai seseorang dengan baik.

Bagi dirinya rasa sayang itu mampu mengubah seseorang yang jahat menjadi baik. Bagi anda dengan hanya memiliki rasa sayang yang ada pada hubungan tersebut maka hubungan mampu menjadi satu yang bahagia, sedangkan sebaliknya yang berlaku.

Sama juga dengan anda telah selesa dengannya, maka anda tidak mahu yang lain. Ini juga menyebabkan mengapa kalian tersalah pilih pasangan. Kadang orang yang anda selesa itu sesuai untuk jadi rakan bukan teman hidup.

2. Kekalkan harapan palsu.

Kerana telah dipenuhi dengan rasa sayang dan takut kehilangan, ramai yang sanggup memejamkan mata akan keburukan pasangan hanya kerana perkara tersebut. Bagi dirinya perasaan kasih dan sayang itu mampu mengubah seseorang, malah berpegang teguh akan perkara itu.

Harapan palsu ini membantu mereka untuk menghilangkan kesedihan yang ada, walaupun sekadar angan-angan tapi itu yang membuatkan mereka bahagia.



3. Anggap kelemahan itu sebagai satu kelebihan.

Tidak semua kelemahan boleh dianggap sebagai kelebihan, sebagai contoh jika pasangan yang malas tapi jika dianggap ia satu kelebihan mungkin agak pelik di situ. Apa yang anda cuba lakukan adalah untuk mengubah hubungan yang tiada hala tuju menjadi sebuah hubungan yang romantik dan bahagia sedangkan perkara itu semuanya hanya menyedapkan hati anda sahaja.

Anda tak akan menyedari akan semua perkara ini sehinggalah anda benar-benar terluka mengenainya. Namun, perkara sebegini tentu akan mengajar anda dalam mencari pasangan yang sesuai buat anda serta lebih berhati-hati dengannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen