"Salah Ke Aku Tunggu Kau Sampai Kau Suka Aku Jugak?"

 

Aku tahu kau tak pernah pandang aku,
Aku tahu aku tak menonjol antara yang ada di depanmu,
Aku tahu kalau aku luah, kau makin menjauh,

Aku sedar aku bukan pilihanmu,
Aku sedar aku tiada tempat dihatimu,



Aku dah lama simpan, aku dah penat pendam,
Aku suka kau dari mula kau hadir dalam hidup aku,

Walau kau tak pernah sedar kewujudan aku,
Aura kau terlalu kuat sehingga aku tak mampu toleh sekejap,



Melihatmu bersama dia buat dadaku berat,
Mengagumimu buat aku sakit,

Namun itu cukup buat aku bahagia walau hanya bermimpi di awangan bersamamu,

Aku tak pernah rasa sebahagia ini, walau meminatimu dari jauh,
Aku sedia memberi cintaku padamu andai dia sudah tak denganmu,

Aku tak akan ganggu hubungan yang kau bina dengan dia,
Tapi aku akan tetap di sini, menunggu saat kau suka aku balik, macam mana aku suka kau.



Aku tak menanti mahupun mengharap sesuatu yang tak pasti, cuma aku mahu menunggu sesuatu yang aku mahu dari dulu sehingga kini. Bukan kerana tiada yang lain memilih aku tetapi hati aku cuma mahu kamu yang sudah ada lama di dalam hati ku ini.

Tak mudah, malah tak juga sukar, tapi bila hati betul-betul telah memilih yang ini, aku tak mampu memilih yang lain semata-mata kerana ingin melupakan dirimu. Biarkan aku terus menantimu...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen