Cukup Anti Dengan Orang Makan Berbunyi. Bagaimana Kalau Dapat Jodoh Makan Berbunyi Nanti? Tidaaaak!

 

Setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan apa jua tindakan. Hal ini termasuklah tatatertib sewaktu makan. Sedar tak sedar hampir separuh daripada kita yang makan berbunyi iaitu makan yang mengeluarkan bunyi berdecap decip.



Keadaan atau situasi ini mungkin nampak biasa bagi golongan yang makan dengan cara begitu, namun bagi mereka yang makan tidak berbunyi, lain pula jadinya. Adakala tatkala makan di sebelah atau hampir dengan orang yang makan berbunyi, akan menimbulkan rasa tidak senang hati dan ianya sangat mengganggu telinga. Kadangkala sampai rasa seolah-olah tidak berselera nak sambung makan bila ada orang makan berbunyi ada di sekeliling.

Bagi mereka yang makan berbunyi, jangan ingat perkara itu remeh dan berpendapat ianya terjadi sejak azali. Ya mungkin dari kecil anda makan berbunyi, namun itu bukanlah ‘kecacatan’ yang tidak boleh diubah, itu hanya berkaitan dengan sikap dan adab sahaja. Mungkin anda tidak terasa rimas kerana anda sendiri melakukannya dan mungkin seronok apabila makan dengan mengeluarkan bunyi, tapi adakala perlu peka juga dengan keadaan dan orang sekeliling. Mereka mungkin tidak terus beritahu anda demi menjaga hati, tapi cubalah ubah cara makan tu.



Mahu berubah atau mengubah cara makan ni senang sahaja, sewaktu makan, mengunyahlah sambal mulut tertutup. Jadi secara tidak langsung bunyi chap chap chap itu tidak kedengaran. Jangan fikir makan berbunyi itu boleh menyedapkan hati anda atau untuk mengekspresikan makanan itu sedap, tanggapan itu ternyata salah. Namun fikirlah ketidakselesaan orang yang berada di sekitar kita, lebih-lebih lagi mereka makan tanpa mengeluarkan bunyi berdecap decip itu.

Adakala bukan susah pun untuk senangkan hati orang sekeliling, cuma belajar buat atau adapt dengan apa yang orang lain buat. Jadilah majoriti, bukan minoriti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen