Kalau Nak Cari Yang Sempurna Di Mata, Memang Lambat Lagilah Anda Nak Kahwin.

 

Siapa sahaja yang tak nak pasangan yang sempurna? Tak perlu nak rasa kecewa, marah, geram mahupun menyakitkan hati atas perkara-perkara yang remeh. Boleh hilang stress kalau tak perlu hadap perkara macam ini dalam hubungan.

Tapi itulah nak dapat mana pasangan yang sempurna ini? Bila tengok hubungan yang tak menjadi dulu pun tak jumpa juga pasangan yang sempurna ini.



Susah sangat nak jumpa pasangan yang sempurna ini, kadang kala dan bercinta banyak kali tak jumpa juga. Sampaikan putus sambung, putus sambung masih juga tak nampak pun yang mana sempurnanya pasangan anda itu.
Nak tahu macam mana ciri pasangan yang sempurna?

Seseorang yang sempurna itu bukan boleh dilihat dengan mata kasar tapi kena rasai kehadiran dan kesempurnaan itu. Pasangan yang sempurna ini bukan dari orang yang sempurna tetapi dia adalah orang yang menyempurnakan pasangannya.



Jangan mengharapkan seseorang untuk menyempurnakan diri anda tetapi berharaplah agar anda yang menyempurnakan dirinya. Ini kerana, jika and cari sempurnanya seseorang itu tidak akan jumpa mahupun terlihat. Yang anda mampu lihat adalah kurangnya dia, lemahnya dia. Jadi macam mana nak jumpa yang sempurna.

Untuk apa cari pasangan yang sempurna kalau anda sendiri pun tidak sempurna di mata orang lain. Pasangan yang sempurna sebetulnya adalah orang yang boleh terima baik buruk pasangannya. Bagi dirinya apa yang kurang itu adalah kesempurnaan buat dirinya. Pernah terfikir macam itu?



Kesempurnaan itu bukan perlu dicari tetapi dibina didalam diri kita sendiri. Bila kita terima siapa pun pasangan kita itu, maka itulah sebenarnya kesempurnaan. Mungkin anda tak sedari tetapi orang sekeliling akan nampak perkara tersebut.

Jangan kecewa kalau tak jumpa pasangan yang sempurna sekarang ini, kelak nanti anda akan menjumpainya bila masanya tepat. Cuma perlu tunggu dan masa sahaja. Sambil-sambil itu jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar disegerakan untuk berjumpa dengannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen