Orang Lelaki Kalau Baru Putus Cinta Pertama Kali Memang Kecewa Teruk, Sampai Buang Segala Ego.

 

Kalau cakap pasal putus cinta, tentu sahaja kita akan ingat bahawa orang perempuan kalau putus cinta lagi teruk tapi sebenarnya, orang lelaki punya putus cinta lagi teruk dari orang perempuan. Nak-nak lagi yang baru bercinta buat pertama kali. Ada yang siap menangis depan member, habis hilang kejantanan.

Mana tidaknya dah la baru pertama kali, tup-tup putus pula, tentu sahaja sesiapa akan kecewa menangis tak berlagu. Masa inilah terimbas kembali segala kenangan manis yang pernah membahagiakan dulu, memang sedihlah nampaknya.



Masa ini jugalah orang lelaki akan duduk di rumah sahaja, malah ada juga yang akan berkurung di dalam bilik semata-mata kerana rasa kecewa yang dirasainya itu.

Nak tahu kenapa orang lelaki tak boleh lupakan cinta pertama mereka?

1. Baru belajar apa itu cinta.

Bila cinta kali pertama, itu maknanya dia baru je belajar apa itu cinta. Bagaimana rasa disayangi serta dicintai, malah itulah saat-saat indah dirinya. Orang lelaki ini biasanya lambat belajar sayang seseorang tetapi bila dah sayang, dia sayang sebetulnya.



2. Cinta yang jujur.

Seumur hidup tak pernah bercinta, dan ini adalah kali pertama tenti sahaja dia akan memberikan seikhlas hatinya pada orang yang pertama itu. Itu yang kadang kala sampai bertahun-tahun pun cinta pertama masih kekal dalam hati mereka. Sebabnya sayangnya mereka dekat kekasih mereka itu.

3. Berlaku hanya sekali sahaja.

Bila dah nama pun cinta pertama, tentu sahaja dia datang sekali sahaja. Bila yang kedua hadir dah jadi cinta yang kedua. Cinta inilah yang akan mengajar apa erti patah hati malah pengalaman bercinta disaat itu hanya dapat dirasai pada ketika itu sahaja, tak akan sama dengan situasi yang berlainan.



4. Berakhir dengan bukan kerelaan.

Boleh jadi perpisahan yang berlaku itu disebabkan bukan keinginan dan kerelaan mereka. Ada yang berpunca kerana masing-masing belajar berjauhan, dan sering berlaku salah faham. Mana tidaknya nak jalani hubungan jarak jauh ini bukan perkara yang mudah.

5. Kesan yang kuat.

Kesan yang dialami ini mungkin akan dibawa ke hubungan terusnya. Malah boleh jadi kalau mereka nak cari pasangan mereka akan cari sama seperti cinta pertama dirinya. Cinta pertama ini memberi kesan yang mendalam buat mereka malah ia juga mematangkan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen