Bila Dah Dapat Suami Yang Baik, Isteri Jangan Cuba-Cuba Nak Ambil Kesempatan Pula.

 

Selalunya kita lihat nasib isteri-isteri yang baik sahaja dikhianati suaminya, macam mana pula dengan nasib suami-suami yang dapat dilukai isterinya. Bukan apa, tak semua lelaki yang di dunia ini akan ambil kesempatan terhadap isterinya, boleh jadi seorang isteri itu yang ambil kesempatan ke atas suaminya.

Ala, dekat kaca televisyen pun banyak kongsi kisah-kisah seperti ini. Sesuai sangat untuk setiap dari kita ini ambil pengajaran daripada kisah ini.



Dapat suami yang baik atau sebaliknya, jangan pernah cuba untuk kita ambil kesempatan ke atasnya. Mana tidaknya, nanti bila dia dah tawar hati barulah kita menyesal kemudian hari.

Ada orang itu dapat suami yang baik, tak pernah pun nak pukul atau tinggikan suara kepada isterinya tapi isterinya pula yang tinggikan suara pada suaminya. Mungkin nak tunjuk dia yang berkuasa dalam rumahtangga tersebut tapi sebenarnya dia yang nampak tak beradab.



Ada orang itu suaminya ringan tulang. Anak-anak semua rapat dengan suaminya, malah suami juga yang kemas rumah, cari nafkah, sediakan makan minum isteri. Isterinya dilayan seperti puteri raja tapi isteri pula tak tahu menghargai suami sebegitu.

Bila dapat suami yang baik ini, bukan tandanya kita kena jadi yang sebaliknya pula. Tetapi bila dapat suami baik ini kita kena bersyukur. Jangan cuba-cuba nak ambil ahli amanah ketua keluarga darinya, malah tak juga tidak memperbohkan dirinya.



Kadang kala tentu kita akan tertanya-tanya, kenapa kalau suaminya baik tidak berjumpa dengan isteri yang baik? Kenapa perlu jumpa yang sebaliknya.

Haa…. Inilah nama ujian hidup untuk menguji keimanan seseorang. Malah setiap ujian yang diberi terhadap seseorang sebenarnya jalan yang ringkas untuknya ke syurga. Siapa sangka bukan.

Hargailah pasangan kita itu, walaupun siapa pun dia. Nak-nak lagi kalau dapat yang baik ini, belum tentu orang lain dapat sama seperti pasangan anda. Jadi bila dah ada itu, jaga sebaiknya malah jangan ambil kesempatan ke atas dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen