Jangan Simpan Kenangan Bersama Bekas Kekasih, Ia Hanya Buat Anda Tersekat & Terluka.

 

Setelah berpisah dengan seseorang, memulakan hidup baru mungkin akan menyukarkan buat anda. hati yang patah sememangnya sangat memberi kesedihan emosi sehingga ia boleh mengganggu kesihatan tubuh badan anda. Nak-nak lagi jika anda masih menyimpan kenangan bersamanya, itu lebih sukar untuk move on dari hubungan yang tidak menjadi itu.



Tak perlu untuk membuangnya sekaligus akan semua kenangan yang kalian pernah lakukan, tetapi membuangnya dengan sedikit-sedikit agar anda tidak rasa terlalu disakiti. Jika anda terus menerus untuk kenangan segala kenangan yang telah kalian lakukan bersama itu hanya membuatkan anda lebih terikat dan sesak dengan apa yang anda rasai.

Bukankah itu satu perkara yang menyakiti hati sendiri sahaja?

Berani untuk membuang segala bisa yang melukakan hati yang patah.

Jika anda sayang untuk membuang segala kenangan tersebut dengan beranggapan bahawa itu adalah saat yang paling mengembirakan anda serta menyeronokkan anda, anda silap sebenanya. Bahkan anda cuba menutupi segala kegembiraan anda dengan satu perkara yang menyakiti hati anda sendiri.



Menyimpan dan teris mengingati setiap kenangan yang lalu hanya akan menyebabkan anda tidak mampu untuk move on dengan lebih cepat seperti yang anda mahukan, tetapi ia hanya akan membuat anda berada pada satu tahap yang sama sahaja, tanpa sebarang pergerakkan.

Anda sahaja yang menghabiskan masa-masa untuk mengingati segala kenangan, sedangkan dia sudah tidak ambil tahu terhadap anda malah melupakan segala kenangan yang anda. Dia bahagia, anda pula menderita. Anda juga sepatutnya bahagia dan membina kenangan baru.



Jika anda merasakan bahawa anda tidak mampu membina kenangan baru, jangan bimbang. Segera untuk mencari teman yang baru. Di situ banyak kenangan yang akan anda bina semual bersama pasangan anda yang baru.

Jadi jangan takut untuk buang segala kenangan anda bersama yang lama dan mulakan satu langkah yang baru. Ini kerana, anda juga akan berasa bahagia juga.

Untuk apa kenangkaan orang yang dah tak sudi, lebih baik jika anda kenangkan nasib sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,259 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen