Trend Lelaki Berjambang, Pikat Hati Para Gadis.

 

Bagaikan satu trend yang melanda Malaysia di mana orang lelaki mula menyimpan jambang sebagai satu gaya yang terkini. Malah ada juga yang sanggup menyimpan jambang kerana merasakan itu adalah lambang kelakian yang dimahukan oleh wanita. Tidak sekadar menyimpan sahaja tetapi ada yang sanggup menanam bulu di wajah yang sememangnya tidak dijangka oleh ramai orang.

Bukan sekadar trend sahaja sebenarnya jambang ini, tetapi ia bagaikan satu tarikan yang mengejutkan bagi orang wanita. Jika dahulu jambang ini bagaikan tidak kemas atau tersusun pada pandangan mata mereka tapi kini, bila dirapikan dan dijaga dengan elok memang memukau.



Berikutan itu, penyelidik juga merumuskan bahawa adalah bukan satu kebetulan bahawa ramai wanita meminati selebriti terkenal yang berjambang seperti Jamie Dornan, Jake Gyllenhaal dan Chris Hemsworth.

Pemerhatian itu dinyatakan berdasarkan hasil kajian Jurnal Evolusi Biologi, menurut laporan portal berita.

Jurnal itu meminta 8,500 wanita membuat penilaian sejauh mana tarikan lelaki sebagai kekasih berdasarkan sama ada mereka berjambang, sekadar berjanggut atau hanya berjanggut kambing.

Penyelidikan membabitkan sekumpulan lelaki diambil gambar tanpa janggut atau jambang dan selepas lima hingga 10 hari bercukur dan empat minggu berlalu, foto mereka diambil sekali lagi.



Dalam penilaian itu, kebanyakan responden wanita memilih lelaki berjambang sebagai paling menarik diikuti sekadar yang berjanggut.

Lelaki menyimpan janggut kambing adalah yang ketiga menarik dan mereka yang 'berwajah bersih' di kedudukan terakhir.

Kandungan jurnal itu dalam ulasannya mengenai keadaan itu menyatakan: "Pemilik jambang biasanya menyebabkan lelaki dilihat sebagai lebih matang, maskulin, dominan ketika bersosial dan kelihatan agresif.

"Lelaki berjambang mungkin lebih menarik bagi wanita apabila mereka menimbang sama ada menjalin hubungan jangka pendek atau panjang.."

Sudah tentu tidak semua lelaki berjambang dan setiap wanita ada selera tersendiri.

Bagaimanapun, bagi lelaki yang berbulu lebat, mungkin lebih baik tidak perlu guna pencukur lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen