Masa Nak Dapat Macam-Macam Ayat Manis Diberi, Tapi Bila Dah Kahwin Suami Makin Malas Cakap Pula.

 

Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, memang akan ada beberapa perubahan. Termasuklah juga dalam sikap dengan pasangan. Apa yang paling mudah dilihat adalah, sebelum berkahwin pasangan anda adalah seorang yang romantik namun selepas berkahwin lain pula jadinya.

Bukan hanya itu sahaja, ada juga yang sebelum berkahwin banyak cakap tepi selepas kahwin kurang pula cakap. Tak akan segala topik perbualan sudah habis untuk dibualkan? Tentu sahaja tidak bukan.



Masalah sebegini selalunya akan terjadi apa orang lelaki. Kenapa selepas berkahwin orang lelaki akan semakin malas untuk meluangkan masa bercakap dengan pasangan mereka?

Menurut Ted Huston, seorang psikologi di Universiti of Texas yang telah melakukan kajian mendapati pasangan yang sudah berkahwin bahawa;

“Bagi seorang isteri kemesraan itu adalah membincangkan hal-hal yang berlaku berkaitan hubungan mereka, namun bagi suami pula adalah mereka ingin melakukan pelbagai hal dengan pasangannya tetapi isterinya mahukan suaminya untuk bercakap dengannya.”



Jelas Huston, ketika bercinta lelaki cenderung untuk bercakap adalah kerana ingin melahirkan kemesraan dengan pasangannya. namun selepas berkahwin, dirinya lebih malas untuk bercakap dengan isterinya malah merasakan mereka patut melakukan sesuatu bersama bukan hanya sekadar bercakap mengenainya.

Tidak semua lelaki akan mengalami masalah kesukaran untuk berkomunikasi dengan pasangan selepas berkahwin, tetapi dalam hal ini lelaki yang memiliki masalah ini akan sukar untuk diajak berbincang dan selesaikan masalah bersama.

Namun sebenarnya, suami akan lebih bersedia untuk berkomunikasi berkaitan dengan masalah kewangan, anak-anak ataupun keluarga. Itu yang membuatkan mereka berminat untuk berkomunikasi. Akan tetapi wanita selepas berkahwin lebih cenderung untuk meluahkan rasa tak puas hati, bergosip dan membincangkan sesuatu yang tak masuk akal, itu yang membuatkan orang lelaki malas untuk mendengar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen