Nak Pujuk Orang Lelaki Merajuk Ini Bukan Mudah, Tapi Kalau Guna Taktik Ini Confirm Berkesan.

 

Nak pujuk orang perempuan ini mudah sahaja, kalau ajak makan, ajak pergi shopping tentu sahaja segala masalah tersebut akan selesai. Tapi kalau nak pujuk orang lelaki ini rumit sikit, mungkin tak nampaklah muncung mereka yang panjang tapi mereka ini lebih suka matikan diri.

Senyap dan tak nak bercakap berkenaan apa-apa pun kadang kala buatkan orang perempuan pening kepala juga tetapi itulah, kalau dah sayang tentu sahaja akan cuba untuk memujuknya sepenuh hati.



Itu yang kalau dah tak tahu nak guna cara apa dah, orang perempuan akan guna satu taktik hebat mereka iaitu dengan menggunakan air mata. Tapi tak selalunya berkesan sangat, macam orang perempuan, orang lelaki pun ada cara nak pujuk mereka ini sebenarnya.

Nak tahu cara mudah pujuk mereka?

1. Bagi masa untuk dia lepak bersama rakan-rakannya.

Kalau selama ini kena sekat sahaja waktu lepak dengan rakan-rakannya, malah anda sentiasa mengganggu waktu lepaknya, tapi bila dia merajuk ini cuba untuk beri masa kepadanya untuk dia keluar bersama rakan-rakannya, tentu sahaja perkara ini akan buat dia happy.



2. Bagi masa untuk dia bermain game.

Orang lelaki kalau sudah bermain game memang tak ingat apa dah. Itu yang sampai lupa janji kekasih sendiri. Jadi kalau dia merjauk, guankan cara ini untuk memujuknya. Bagi dirinya bermain game tanpa sebarang gangguan dari anda. Tentu dia akan meloncat kegembiraan.

3. Bagi dia satu set game yang dia mahukan.

Kalau anda mampu, cara ini tentu sahaja akan membuatkan dia gembira dan hati. Mana tidaknya, dalam merajuknya itu membuahkan hasil untuk mendapatkan barang ini, nak-nak lagi ia merupakan satu set game yang terkini tentu sahaja ia akan membuat pasangan anda hilang merajuk.



4. Bagi dia lakukan hobinya.

Ada sesetengah lelaki suka pergi memancing, main motosikal, pergi hiking ataupun macam-macam lagi. Biasanya sebagai kekasih hati tentu sahaja akan nak ikutlah atau tak bagilah disebabkan takut jika dia lakukan perkara yang sebaliknya dibelakang anda. Apa kata jika anda nak memujuknya, gunakan cara memberi dia melakukan hobinya agar anda menjadi pasangan yang sporting dan hilang merajuknya.

Orang lelaki ini mudah je nak pujuk mereka, kalau merajuk lama-lama bagi je apa yang mereka nak. Tak payah nak pening-pening kepala sangat. Mereka ini sama je macam orang perempuan ada benda yang mereka mahukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,306 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen