Kalau Takut Pasangan Curang, Kena Pandai Buat Perkara Ini. Barulah Pasangan Sentiasa Sayang.

 

Kecurangan sudah tentu bukan satu perkara yang mengembirakan. Ia dipenuhi dengan rasa kecewa, kemarahan serta sesalan. Tidak kiralah siapa yang memulakan kecurangan itu, baik yang lelaki atau wanita, mereka ini bukanlah seorang yang matang dalam perhubungan.

Apa yang kesiannya adalah mereka yang menjadi mangsa kecurangan ini, sudah tentu akan kecewa, trauma serta marah dengan pasangan. Jarang-jarang sekali akan berjumpa dengan seseorang yang boleh berfikiran positif selepas mendapat tahu dirinya dicurangi.



Namun begitu, kecurangan ini kadang kala tidak boleh disalahkan hanya sebelah pihak sahaja, boleh jadi kedua-duanya bersalah. Yang seorang membuat salah dalam pilihan manakala seorang lagi salah dalam menjaga pasangan.
Kadang kala, kecurangan ini boleh dielakkan daripada berlaku. Nak buat apa?

Boleh cuba perkara ini;

1. Pandai berhias untuk pasangan.

Bukan hanya wanita sahaja perlu pandai berhias untuk pasangannya, yang lelaki pun sama juga. Ini kerana, berhias untuk pasangan adalah bertujuan untuk menjaga pandangan mata pasangan. Tidak kiralah sudah berkahwin ataupun sedang hangat bercinta, kedua-duanya perlu pandai berhias untuk pasangan.

Kadang kala punca kecurangan ini adalah disebabkan pasangan tidak sedap dipandang, itu yang membuatkan mereka memandang orang lain. Awas! Jangan gunakan alasan sibuk untuk menutupi rasa malas.



2. Beri perhatian yang secukupnya.

Selalukan bila seseorang itu dahagakan perhatian, mereka ini akan mula mencari perhatian daripada orang lain. Itulah punca kecurangan. Jadi apa kata anda, berikan perhatian yang secukupnya buat pasangan anda.

Jangan beri perhatian yang acuh tak acuh sahaja, kalau boleh beri perhatian secukupnya agar mereka rasa bahawa anda sentiasa di sisi mereka.



3. Pendengar yang baik.

Walaupun sekadar mendengar dan bukannya menyelesaikan masalahnya, ia sebenarnya dapat melegakan hatinya. Walaupun anda itu seorang lelaki, menjadi pendengar yang baik dalam hubungan ini tersangatlah penting. Ia akan membuatkan anda mengenali dan memahami dengan lebih apa yang pasangan anda hadapi.

4. Jangan terlalu mengokong pasangan.

Sedikit kebebasan itu perlu agar dirinya boleh bernafas sedikit. Baik lelaki mahupun perempuan, dua-duanya perlukan kebebasan sedikit. Jangan terlalu merasakan anda pasangan maka anda perlu menguasai dirinya.

Curang ini memang menyakitkan, tetapi kalian harus bijak untuk move on apabila terluka kerana perkara sebegini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,988 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen