Kadang Kala Isteri Yang Tidak Taat Itu Lahir Dari Sikap Suami Sendiri.

 

Isteri kita itu adalah orang yang paling baik yang sanggup duduk sebelah kita. Malah dia juga adalah orang yang sanggup terima baik buruk kita. Bukan mudah nak terima baik buruk seseorang ini kalau tak betul-betul, nak-nak lagi kalau suaminya itu seorang yang mudah melenting malah tak makan dek saman.

Masa seorang lelaki nak ambil isteri itu, kalian dah setuju dah nak susah senang bersamanya, nak jadi pelindung dirinya malah nak membahagiakan dia. Tapi bila selepas kahwin lain pula jadinya, mana pergi segala janji-janji manismu itu?



Isteri ini adalah orang yang orang yang paling tahu baik buruknya suaminya. Kalau nak kata mak anda yang tahu, mak-mak belum tentu dapat kenal luar dalam anak mereka. Sebabnya yang tidur sebantal itu bukan mak, tetapi isteri anda.

Jadi orang suami, cuba layan isteri itu elok-elok. Bila dia beri nasihat dan teguran terima dengan hati terbuka. Bukannya balas dengan kata-kata yang tak sopan hingga menyakitkan hati, tetapi cuba untuk terimanya.



Macam mana sika panda terhadap isteri, itulah sebenarnya didikan yang telah anda berikan kepadanya;

Kalau anda biadap dengannya, maka dia juga akan biadap dengan anda.

Kalau anda suka guna kata-kata kesat, dia juga begitu.

Kalau anda suka menjerit-jerit memanggilnya, dia pun turut begitu.



Jadi kalau isteri itu jadi seorang yang biadab, tak sopan serta melawan kata-kata suaminya, lihat bagaimana suaminya itu memperlakukan dirinya. Kadang kala bukan sebab isteri tak sopan atau memang terlahir dengan kurang didikkan, tetapi didikan ibu bapa membuatkan dirinya sebegitu.

Jika angankan isteri yang soleh dan lemah lembut serta penuh kasih sayang, maka anda sebagai suami juga perlu memberi contoh yang sama buat dirinya. Suami itu adalah pembimbing serta contoh terbaik buat seorang isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen