Lepas Dah Kahwin, Orang Perempuan Kena Rajin-Rajin Pergi Bercuti. Suami Jangan Buat-Buat Lupa Pula.

 

Siapa kata selepas seorang wanita itu berkahwin, dia perlu duduk di dapur dan rumah sahaja untuk menguruskan makan, pakai suami dan anak-anaknya. Sedangkan wanita yang telah bergelar ibu serta isteri ini mempunyai pelbagai peluang untuk menjadikan dirinya hebat jika dia mendapat sokongan orang yang tersayang.

Selalunya kita kan dengar bahawa seseorang yang sudah berkahwin tidak akan mempunyai masa untuk apa pun, malah dirinya juga mungkin tidak akan sempat terjaga kerana memikirkan orang yang mereka sayangi.



Namun begitu, percutian mampu merawat segala penat lelahnya. Bukan secara bersendirian tetapi bersama anak-anak dan suaminya.



Tahukan anda bahawa selepas berkahwin, wanita perlu lebih banyak pergi bercuti, ini sebabnya;

1. Sebenarnya perkara ini nampak mudah sahaja, jika pergi bercuti, isteri akan lebih berpeluang untuk merehatkan minda mereka. Di mana, setelah penat dengan tugas sebagai ibu dan juga isteri, sudah tentu mereka ini mahukan masa pula untuk mereka berehat. Ketika bercuti inilah yang terbaik!

2. Apabila stress dengan keadaan rumah, anak-anak dan suami tak mustahil sekiranya isteri akan semakin renggang dengan pasangan dan anak-anak. Jadi dengan bercuti ini, ia dapat mengeratkan kembali hubungan yang terjejas itu.

3. Tidak hanya itu sahaja, ia juga mampu menghilangkan rasa kesunyian dan kesuraman dalam hati mereka. Mana tidaknya, apabila anak-anak dan suami sibuk dengan tugas masing-masing maka si isteri dan ibu ini akan rasa tersisih. Jadi dengan pergi bercuti, mereka dapat luangkan masa antara satu sama lain dan hubungan akan terbentuk hubungan yang baik.

4. Malahan, percutian ini juga akan memberikan satu masa yang romantik buat pasangan suami isteri. Kalau di rumah, tentu suami isteri tidak akan dapat merasai pengalaman sebegini.

5. Apa yang lebih penting adalah percutian yang dilakukan ini dapat melupakan kesibukkan yang ada di rumah dan tempat kerja. Dapatlah minda dan badan berehat sebentar dari melakukan perkara-perkara yang meletihkan itu.

6. Jangan dilupa bahawa setiap percutian itu akan menjadi momen indah bersama ahli keluarga. Ini yang tidak akan dapat dilupakan malah lebih berharga dari apa pun.

Namun, bukannya disuruh untuk bercuti setiap bulan. Tetapi adalah lebih baik kalau ia dapat dilakukan setahun sekali. Ia bukan satu paksaan suami-suami, tetapi jika ingin melihat isteri anda bahagia dan gembira ini caranya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen