Susah Nak cari Seluar Dan Baju Sebab Paha Besar, Apa Kata Amalkan 5 Langkah Ini. Tentu Dapat Paha Idaman.

 

Ukuran paha yang sedikit besar kadang kala boleh membuatkan seseorang kurang rasa keyakinan terhadap diri mereka, nak-nak lagi orang perempuan. Kawasan paha dan punggung sememangnya menjadi tempat kegemaran berkumpulnya lemak-lemak jahat.

Perkara-perkara ini menyebabkan pemilihan dan pakaian agar menyukarkan mereka yang memiliki paha yang agar besar. Kenapa pengumpulan pada bahagian ini lebih mudah?



Ini kerana paha adalah salah satu penampungan lemak terbaik. Ketika jumlah tenaga yang diperolehi dari makanan mempunyai jumlah yang jauh lebih besar dari biasa maka lemak tersebut akan terkumpul pada bahagian paha.

Namun begitu, jangan terlalu bimbang kerana ad acara sebenarnya untuk merawat masalah ini. nak-nak lagi jika anda melakukan aktiviti ini dengan lebih kerap lagi cepat kesan yang bakal anda perolehi.

Ini 5 gerakan yang membantu kecilkan paha anda.

1. Turun naik tangga.



Kita mulakan dengan pergerakan yang paling mudah untuk dilakukan. Jika selalunya hanya menggunakan satu langkah kini anda perlu menukarnya kepada dua langkah dalam satu masa. Jangan hanya lakukan sekali dua sahaja, tetapi lakukan dengan berulang kali, tentu akan membantu anda.

2. Tali skipping.



Cara ini terbukti berkesan dalam membakar lemak pada paha. Dengan lebih banyak anda melompat selama 20-30 minit sehari, pasti paha idaman akan menjadi milik anda.

3. Pergerakan squat



Seterusnya anda boleh mengambil langkah squat di mana ia berkesan untuk mengecilkan otot dan betis.

Caranya mudah sahaja, berdiri dengan kaki selari dengan bahu anda dan tangan lurus ke hadapan. Kemudian ambil posisi sedikit hendak cangkung dengan keadaan paha lurus 90 darjah, seperti duduk di kerusi. Tahan selama 15-30 saat dan kembali kepada kedudukan asalnya. Lakukan sebanyak 10 kali sehari.

4. Pergerakan angkat kaki.



Pergerakan ini bermanfaat untuk mengecilkan paha pada bahagian dalaman. Untuk melakukan gerakkan ini anda perlu baring di atas tikar, kemudian letakkan tangan dibelakang kepala lalu mengangkat kedua belah kaki secara perlahan-lahan sebanyak 45 darjah tahan selama 15 saat dan ulangi 10 kali sehari.

5. Pergerakan lunges.



Untuk melakukan pergerakkan ini, mula dengan kedudukan tegak. Lalu ambil satu langkah ke hadapan dan satu kebelakang kemudian bengkokkan lutut serendah mungkin sehingga hampir menyentuh lantai. Kembali pada kedudukan asal iaitu berdiri tegak kemudian ulang lagi sebanyak 20 kali.

5 cara ini sememangnya berkesan buat anda yang ingin kecilkan paha. Walaupun sekadar senaman ringkas tapi kalau dilakukan setiap hari akan nampak kesannya. Tapi jangan dilupa untuk mengambil air secukupnya untuk tingkatkan metabolism.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,993 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen