Jadi Menantu Nanti Jaga Percakapan & Hati Mertua. Ini Kisah Pengajaran Buat Semua.

 

Bila dah kahwin, keluarga mertua itu ibarat keluarga kita sendiri. Tidak kiralah ibunya, ayahnya ataupun adik beradiknya itu semua keluarga kita. Kadang kala ibu mertua ini masuk campur sebab nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya, bukan sahaja-sahaja.

Tetapi sebagai menantu, jangan pula mudah melenting hingga megeluarkan kata-kata kesat. Sedikit perkongsian dari Peguam Syarie, Suriati Ab Ghani dari Mohamad Azlin & Suriati Associates ini sememangnya mengejutkan.

Semoga ia menjadi pengajaran buat kita-kita yang bakal mendirikan rumahtangga.



Bila timbul isu rumah tangga pecah belah sebab campur tangan mertua, orang pun akan nampak mertua tak baik, sibuk je nak masuk campur urusan rumah tangga anak menantu..biarlah anak menantu tu bawa haluan rumah tangga mereka ke mana pun, kenapa nak sibuk-sibuk..

Ya betul..1 part macam tu, memang tak dinafikan ada mertua yang sibuk dgn urusan rumahtangga anak menantu ..tapi ada juga menantu yang tak hormat mertua, hubungan tak baik dengan mertua, tak suka mertua, bersalam dengan mertua pun masa kawin dulu je..lepas tu dah taknak balik langsung rumah mertua dah..

Ingat..kita pun akan tua, semakin hari umur kita semakin meningkat, anak kita juga semakin membesar & akan kawin suatu hari nanti, kita juga akan dapat menantu yang mana kita nak menantu tu hormat kita sebagai mertua..

Sepatutnya kita yang muda pada masa ni patut merendah diri bertolak ansur, hormat mertua seperti ibu bapa kita sendiri, orang tua emosi dia lain, sensitif..patut kita yang muda boleh kawal emosi & dapat berfikir dengan lebih baik berbanding dengan orang tua..



Untung dapat menantu yang memahami

Amat beruntung bagi sesiapa yang dapat mertua yang memahami, tak banyak cakap, tak sibuk masuk campur hal-hal kecil dalam rumahtangga anak menantu..bersyukurlah, gunalah peluang tersebut untuk sayangi mertua, tackle hati & perasaan mereka..

Macam-macam kisah yang saya dengar & jumpa bila terlibat dengan isu masalah rumahtangga orang, bukan nak menangkan sesiapa, tapi bila dah bahasanya macam kat bawah ni..kita dah tau orang yang taipnya macam mana..budi bahasa mencerminkan peribadi seseorang, jika marah sekalipun..jika mertua tu salah sekalipun, tak perlu mencaci carut bagai macam tu terhadap orang tua..macam tu ke bahasa ayah yang nak menjaga anak nanti..ayah yang sepatutnya memberi didikan ilmu dunia & ilmu akhirat kepada anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,055 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen