Selalu Merasa Diri Tidak Setanding Dengan Orang Lain, Ini Antara Punca Anda Rasa Rendah Diri.

 

Dalam hidup ini setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak mereka ketahui. Sama ada mereka ini mampu gunakan kelebihan mereka, ataupun tidak. Namun, apa yang lebih jelas adalah mereka ini lebih mudah untuk berasa kurangnya diri mereka berbanding apa yang lebihnya itu.

Bukan disuruh untuk berbangga diri dengan setiap kelebihan yang dimiliki tetapi lebih membuang rasa rendah diri yang hingga merosakkan hati sendiri.

Nak-nak lagi bila tengok orang yang sudah berjumpa pasangan tetapi anda belum lagi, tentu sahaja dalam hati akan berkata apa kurangnya anda sampai belum bertemu jodoh. Kenapa orang lain tidak pandang anda, dan macam-macam lagi.



Rasa sendah diri terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya adalah tidak perlu. Ini kerana, jika anda terlalu memikirkan perkara sebegini, hidup anda akan terasa negatif malah kurang rasa bersemangat.

Untuk mencapai apa yang anda mahu, untuk sama-sama miliki apa yang orang lain miliki anda perlu lebih yakin terhadap diri sendiri. Sudah tentu setiap apa yang berlaku itu ada hikmah buat anda.

Apa yang selalu membuat diri anda rasa kurang berbanding orang lain, ini 3 perkara puncanya.



1. Tidak bersyukur.

Rasa bersyukur ini tidak akan membuatkan anda rasa kurang berbanding dengan orang lain, malah lebih menghargai apa yang anda miliki. Belum semua orang bertuah untuk memiliki apa yang ada mahu.

Sebagai contoh, mungkin anda berharap ketika ini anda sedang bahagia bersama pasangan dan anak-anak tetapi anda tidak sedar bahawa ada orang lain berharap agar dapat menghabiskan masa-masanya bersama ibu bapanya macam anda. Siapa tahu bukan.

Jadi bersyukurlah apa yang berlaku dalam hidup anda. Tentu sahaja ada hikmah dan pengajaran disebalik semua itu.



2. Jangan nak banding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

Setiap orang memiliki hidup mereka, jadi jika anda berusaha untuk menjadi seseorang yang lain tentu sahaja anda tidak berjaya menjumpai kebahagiaan diri anda. Jangan fikir apa yang orang lain ada, tetapi fikir apa yang anda ada. Itu sebenarnya lebih nikmat dari memikirkan orang lain punya.

3. Jangan merasakan kebahagiaan itu perlukan bantuan.

Anda mampu bahagia dengan diri anda sendiri, kalau tak ada pasangan. Jangan mengharapkan orang lain untuk membahagiakan anda tetapi lebih mengharapkan diri sendiri untuk membuat anda bahagia. Jika anda mampu mencintai diri sendiri, maka anda akan mempu mencintai orang lain dengan lebih baik.

Jangan bimbang akan kekurangan tetapi bersyukur dengan apa yang anda miliki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen