Nak Tackle Perempuan, Jangan Gelojoh Sangat. Cepat-Cepat Bukan Hilang Pun Yang Dikejar Itu.

 

Pada zaman sekarang ni, tak semua perempuan mahukan lelaki yang straight to the point. Adakala perlu bermain dengan ayat-ayat yang boleh memikat hatinya dulu. Perempuan zaman sekarang bukan menjadikan rupa sebagai pilihan utama, tetapi lelaki kena ada sifat kelakar sikit, kalau ada rupa dan kelakar tu kira bonus lah.

Mana tidaknya, kalau tiba-tiba datang hulur cincin terkejut jugakan. Kalau boleh naklah kenal-kenal dulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat. Bukan tak suka kalau terus ajak kahwin, tapi takut-takut nanti selepas kahwin jadi lain pula.



Memang betul boleh je bercinta lepas kahwin, rasa dia memang lain macam dan seronok. Tapi kalau zaman sekarang ini, selagi tak kenal mak ayah dia bahaya juga kalau main terus kahwin je. Tak gitu?

Sebelum kahwin, orang perempuan nak tahu dulu lelaki itu macam mana, ada tak ciri macam mereka mahu.

Jangan panggil sayang pada awal perkenalan.

Namun, apa yang ingin dikongsikan di sini ialah, lelaki jangan terlalu terburu-buru nak kenal dengan perempuan yang belum dikenali. Jangan sesekali guna panggilan ‘sayang’ pada awal-awal lagi. Perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang dianggap miang. Jika awal-awal sudah bersayang-sayang, jawabnya kena reject sajalah nanti.



Berkongsi minat yang sama

Cuba ambil hatinya dahulu, bertanya tentang apa yang disukainya, mungkin anda boleh katakan yang anda turut menyukai perkara tersebut, jadi lebih gembira lah dia berkongsi minat yang sama dengan anda. Contohnya jika si dia suka hiking, anda juga nyatakan bahawa anda mempunyai minat yang sama, bolehlah hiking bersama-sama nanti. Pasti perempuan lebih selesa berkongsi apa-apa yang berkaitan aktiviti itu.

Sweet dan kelakar

Perempuan lebih suka lelaki yang ada sifat kelakar, boleh ketawa bersama, berbanding lelaki yang setiap masa serius sahaja. Jika asyik serius, bagaimana mahu ceriakan hari-harinya? Gelak tawa mampu mengukuhkan kebahagiaan sesebuah hubungan. Tambahan pula, orang kelakar ni biasanya pandai memujuk berbanding orang yang sentiasa serius.



Bersedia untuk berkahwin

Apa yang orang perempuan nak adalah lelaki yang bersdia untuk berkahwin, kalau rasa-rasa macam nak main-main je, tak semua orang perempuan nak. Sebabnya lelaki yang serius inilah baru betul-betul lelaki idaman para gadis. Bersedia untuk berkahwin bermakna bersedia untuk pikul tanggungjawab. Itu yang orang perempuan nak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen