Perkahwinan Ini Adalah Perjuangan, Kalau Nak Bertahan Di Dalamnya Kena Amalkan 5 Perkara Ini.

 

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Selalu sangat dah kita dengar perbahasa ini bukan? Tapi itulah adat dalam perkahwinan tersalah dan tersilap sedikit itu adalah perkara biasa je. Selagi tak bertumbuk dan terajang tiada masalah.

Bila sudah berkahwin tentu sahaja perlu lebih bijak dalam memperjuangkan hubungan. Ini kerana, bukan anda sahaja yang bakal kecewa tetapi boleh jadi orang sekeliling pun turut sama.



Perkahwinan ini adalah perjuangan antara dua orang serta dua hati, maka kalau nak sama-sama bahagia perlulah sama-sama perjuangkan hubungan tersebut. Dalam nak kekalkan hubungan tersebut bukan satu perkara yang mudah, jadi anda perlu sematkan 5 perkara ini dalam diri anda.

1. Banyakkan bersabar.

Tak semua perkara mudah untuk dilalui, maka dengan itu perkara yang perlu adalah sudah tentulah bersabar. Sabar dengan sikap keluarga mertua, pasangan, orang sekeliling serta kenalan. Kadang kala mereka ini yang membawa ujian dalam rumahtangga yang anda bina sebenarnya.

Kalau tidak bersabar dan ikutkan rasa hati, tentu sahaja hubungan rumahtangga anda akan tergadai begitu sahaja. Jadi, setiap apa yang berlaku cuba untuk bersabar dan percaya ada hikmah disebalik semua ini.



2. Sentiasa positif.

Bukan mudah nak positif dalam semua benda, nak-nak lagi bila ia betul-betul menguji hubungan kalian. Namun, apabila terasa negatif cuba untuk positif kembali. Jika anda terlalu ikutkan perasaan negatif ini, syaitan akan bersorak kerana ia mampu menghilangkan kepercayaan anda dalam perkahwinan. Bila anda kekal positif, maka yang baik-baik akan mendekati rumahtangga anda juga.

3. Jangan mudah terpengaruh dengan orang lain.

Tak semua orang senang melihat anda bahagia, apa kata bila ada pihak ketiga cuba datang menyampaikan sesuatu yang menyakitkan hati atau menggoyangkan rumahtangga anda, anda berbincang dengan pasangan anda. Jangan ambil keputusan terburu-buru dengan apa yang anda dengar bukan yang anda lihat.

Tidak semua orang bahagia bila melihat rumahtangga yang dibina itu bahagia, kadang kala mereka ini cemburu dan berharap rumahtangga anda musnah. Jadi hati-hati.



4. Paling penting, percaya.

Perasaan saling mempercayai antara satu sama lain itu tersangatlah penting dalam hubungan. Kalau anda tidak mampu percaya pasangan dengan baik, tentu sahaja hubungan akan goyang. Jangan letakkan kepercayaan sepenuhnya, sedikit-sedikit ada curiga itu biasa. Ini kerana, jika anda meletakkan pengharapan yang banyak pada pasangan mungkin anda akan kecewa.

5. Anak-anak adalah anugerah.

Bila mana anda tidak mampu bertahan akan perkahwinan itu, cuba lihat anak-anak anda. Mereka ini sudah tentu tidak mahu kehilangan ibu bapa mereka. Tentu sahaja mereka ini ingin membesar dengan kedua ibu bapa ada di sisi.

Mereka ini anugerah yang tidak ternilai, malah mereka ini sentiasa dahagakan kasih sayang ibu bapa mereka. Bahkan mereka ini adalah amanah yang diberikan kepada setiap ibu bapa.

Nak pertahankan perkahwinan itu kadang kala bukanlah satu perkara yang mudah, tapi kalau anda pegang 5 perkara ini tentu ia menjadi mudah. Insya-Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen