Pening Kepala Duit Kahwin Tak Cukup Lagi, Yang Nak Kahwin Hujung Tahun Ini Boleh Cuba Guna Cara Ini.

 

Bila cakap pasal duit kahwin, baik orang lelaki atau perempuan tentu sahaja akan kalut untuk mempunyai sedikit simpanan. Tapi biasanya orang lelaki akan lebih terasa keadaan ini, manakala orang perempuan akan kurang sedikit. Mengapa?

Ini kerana, orang lelaki perlu mengeluarkan wang untuk duit hantaran, majlis sebelah dirinya malah persiapan rumah selepas berkahwin. manakala orang perempuam pula, lebih kapada menambah apa yang kurang pada majlis perkahwinannya sahaja.



Jadi amat berbeza bukan, namun ada sahaja para wanita yang akan membantu pasangannya untuk mengumpul duit kahwin bersama-sama. Barulah mereka ini merasai pahit dan manis bersama-sama.

Banyak cara kalau nak diikutkan nak kumpul duit kahwin ini, tapi yang paling utama adalah diri anda sendiri, nak atau pun tidak. Berikut adalah cara-cara kumpul duit kahwin dengan mudah.

1. Menabung.

Macam biasa, orang-orang yang berjaya kumpul duit kahwin ramai yang menyatakan bahawa dengan menabung ini mampu kumpul duit kahwin yang secukupnya, malah lebih pun ada. Apa yang perlu ada dalam diri anda adalah azam dan disiplin yang kuat.

Kalau boleh beli tabung yang tidak boleh anda buka sewenang-wenangnya. Di mana tabung tersebut boleh anda buka bila cukup tempoh masa yang anda tetapkan. Masa itu tengoklah berapa banyak tabungan yang ada.



2. Buat kerja part time.

Tidak semua orang beruntung memiliki gaji yang besar, jadi jika anda bukan dari golongan itu, pasti anda perlukan usaha yang lebih lagi. Jadi usaha yang boleh dilakukan bukan mencari kerja yang bergaji besar tetapi lebih kepada mencari kerja kedua iaitu dengan melakukan part time.

Sekarang ini jika dapat dilihat macam-macam peluang yang boleh anda lakukan. Sebagai contoh membawa Grab, buat Food Panda, kerja di kedai makan ataupun berniaga buger. Nampak mungkin leceh sedikit tapi kalau ada kesungguhan tentu akan menjadi mudah.



3. Kurangkan berbelanja lebihkan simpanan.

Jika anda berbelanja mengikut kamahuan diri anda tentu sahaja wang yang ada itu akan habis. Apa kata kalau anda kurangkan perbelanjaan tetapi lebihkan kepada simpanan dengan kurangkan keluar berdating dengan pasangan, berhenti membeli barangan berjenama ataupun tidak perlu lagi makan di kedai yang Hipster. Jika anda mampu lakukan ini tentu sahaja jaminan wang simpanan akan bertambah.

Nak kumpul duit kahwin itu kadang kala memang sedikit payah, tetapi jika anda betul-betul sayang akan pasangan anda tentu sahaja ia dapat menjadi penguat semangat pada diri anda. kalau rasa susah-susah cuba minta discount pada bakal mertua itu, mana tahu bagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,965 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen