Struggle Sangat Nak Kumpul Duit Kahwin, Jangan Sampai Memudaratkan Diri. Ini Bahaya Mee Segera Campur Dengan Nasi Yang Perlu Anda Tahu.

 

Bila sedang mengumpul duit untuk majlis kahwin, ramai orang yang sanggup ikat perut untuk menyimpan wang yang banyak dengan segera. Bahkan ada yang sanggup mengikat perut dengan mencatu makanan yang mungkina akan memudaratkan tubuh badan mereka sendiri.

Terutama golongan lelaki, ini kerana mereka lebih terbeban dalam mengumpul dan menyimpan duit kahwin ini. Itu yang sanggup makan biskut kering, roti kering, sebiji buger sehari ataupun makan mee segera bersama nasi.



Memang nampak bersungguh-sungguh jika seorang lelaki sanggup mengikat perut semata-mata ingin menghalalkan kekasih hati mereka. Namun dalam perjuangan untuk menghalalkan seseorang itu, jangan pula memudaratkan diri sendiri.

Ini kerana tiada guna jika anda berjaya menghalalkannya tetapi tidak mampu bahagiakannya pula nanti.

Salah seorang daripada kalian tentu sahaja pernah mengambil mee segera dan makan bersama nasi bukan? Mana tidaknya ia begitu mengenyangkan malah mampu membuat anda lebih bertenaga.



Rupa-rupanya, ramai yang tidak tahu akan kesan buruk jika mengambil mee segera bersama nasi pada badan kita, ini kerana kedua-duanya mengandungi karbohidrat.

Mee dan nasi mempunyai karbohidrat yang tinggi, jika digabungkan, badan akan menerima karbohidrat yang tinggi iaitu sebanyak 600-700 kalori sekali makan, manusia normal makan 3 kali sehari. Maka bayangkan banyak mana kalori telah masuk ke dalam badan, sedangkan badan kita memerlukan 1200-1500 sehari.

Makan mee bersama nasi boleh menyebabkan berat badan anda akan bertambah dan kemungkinan juga akan menyebabkan anda menghidapai obesiti dan juga diabetis. Makan mee dan nasi tidak memberikan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan. Anda seharusnya memilih makanan yang lebih berkhasiat dan lebih menjamin.

Bukan tidak boleh untuk makan mee segera, tetapi lebih baik kurangkan malah ada cara terbaik untuk masak bersamanya. Cara yang terbaik untuk memakan mee adalah dengan mencampurkan sayur-sayuran, ayam, telur serta makanan laut. Ini dapat memberi nutrisi yang baik buat tubuh badan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen