Bila Majlis Kahwin Semua Urus Berdua, Memang Pening Kepala. Tapi Ini Kelebihan Yang Anda Dapat.

 

Pernah terfikir nak menguruskan majlis tanpa bantuan orang ketiga? Mesti ramai yang memikirkan perkara ini menyukarkan bukan? Mana tidaknya, jika hanya anda dan pasangan sahaja yang menguruskan segalanya mungkin majlis yang sepatutnya berlangsung tidak akan berlangsung.

Kenapa?

Sebabnya bakal pengantin kedua-duanya pening kepala sampai tak boleh nak naik pelamin. Eh, boleh pulak macam itu.



Walaupun banyak wedding planner yang telah bersedia untuk berkhidmat untuk kalian, tetapi adalah lebih elok sebenarnya jika kalian mampu menguruskan sendiri. Tapi kalau rasa tak mampu boleh je minta bantuan dari ibu bapa mahupun adik beradik, itu pasti akan memberi banyak idea kepada anda.

Nak tahu apa yang bagusnya kalau majlis anda disediakan oleh anda sendiri?

1. Hubungan kalian akan makin erat.

Siapa sangka hubungan kalian akan bertambah erat selepas majlis ini. Hal ini kerana, kalian tahu bahawa kalau kalian saling berganding bahu, segala perkara akan menjadi lebih mudah dan berjalan lancar. Malah, kalian akan merasakan bahawa kalian perlukan antara satu sama lain untuk pastikan perkara ini berjalan lancar. Memang akan ada pergaduhan dan salah faham, tetapi ia bukanlah sesuatu yang berpanjangan dan berlarutan.



2. Mental semakin kuat.

Apabila semakin sibuk dan banyak perkara yang perlu diuruskan bersama-sama, maka kalian akan cuba untuk lebih kuat. Malah mental anda juga akan terdidi untuk menjadi lebih kuat diri sepatutnya. Apa yang lebih menarik adalah, kalian akan merasakan ia semakin menarik apabila pelbagai ujian yang menimpa sehinggakan seronok menikmati persiapan perkahwinan kalian.

Persiapan untuk majlis besar begini memang tidak akan lari dengan tekanan, tetapi anda mampu lakukannya dengan baik sekali bersama pasangan.



3. Selepas ini bijak menguruskan wang.

Bakal banyak menggunakan wang, tentu sahaja akan membuat anda lebih berhati-hati dalam berbelanja. Ini kerana, jika anda menggunakan wang tersebut mengikut kemahuan anda, jangan terkejut kalau-kalau tiba wang ada itu akan habis sekelip mata. Jadi, anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan tersebut.

4. Tahu pentingnya wang tersebut.

Selepas berkahwin, kalian akan mementingkan dan berhati-hati dalam menguruskan wang. Malah, tiada rahsia berkenaan wang buat kalian selepas berkahwin nanti. Ingat, masalah kewangan menjadi salah satu punca dalam perkahwinan.

Apa-apa pun, enjoy the moment. Itulah yang akan menyeronokkan sekali.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,647 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen