Bila Bercinta Jangan Terlalu 'Over', Takut Nanti Pasangan Lari. Ini 6 Tanda Anda Keterlaluan Dalam Hubungan Yang Terjalin.

 

Mungkin kerana sayang membuatkan anda bertindak keterlaluan dalam hubungan anda, tetapi betul ke itu sayang atau sekadar kepura-puraan. Malah tanpa disangka sikap anda yang keterlaluan itu membuatkan pasangan anda rimas dengan anda.

Kadang kala sika panda itu membuatkan anda mudah dibuli dengan pasangan sendiri. Ini baru bercinta belum lagi jadi suami isteri. Memanglah anda sayang dan takut hilang dirinya tapi jangan sampai begitu over pula.



Nak tahu tak yang anda itu terlalu over dalam hubungan ataupun tidak, ini tandanya;

1. Reaksi berlebihan dalam perkara yang biasa.

Bila melibatkan pergaduhan atau salah faham, anda akan menyalahkan pasangan dengan bersungguh walaupun ia adalah hal yang kecil. Anda begitu mudah menganggap bahawa pasangan anda itu tidak menyayangi anda sedangkan ia sekadar salah faham yang kecil. Malah anda cuba membuatkan pergaduhan tersebut semakin teruk.

2. Tak boleh kalau tak jumpa sehari.

Setiap hari mesti akan berjumpa walaupun sekejap. Bila tak jumpa atas sebab dirinya melebihi hal lain, tentu sahaja akan jadi salah faham. Anda merasakan tidak dipeduli dan dipinggirkan sedangkan bukan itu yang berlaku. Anda perlu tahu bahawa masing-masing ada hidup sendiri selagi belum halal.



3. Sentiasa nak selalu call ataupun WhatsApp.

Paling memeningkan kepala apabila anda seolah-olah tidak mahu berenggang dengannya. Kalau boleh setiap pesanan akan segera dibalas, malah setiap panggilan telefon akan mengambil masa berjam-jam. Kalau lewat sedikit ataupun tidak dijawab boleh tercetusnya salah faham. Aduh pening kepala.

4. Suka mengatur akan apa yang perlu dia buat dan tidak.

Jika anda tidak suka rakannya maka anda tidak akan membenarkan dirinya berkawan dengan mereka. Jika anda tidak suka dia melakukan hal tersebut, anda akan melarangnya. Segalanya perlu berlaku mengikut aturan yang telah anda lakukan. Kalau pasangan anda mengabaikan, maka kalian akan saling bertengkar.



5. Anda mesti tahu di mana dia dan apa yang dia lakukan.

Rasanya ini ramai yang terjadi pada hubungan orang sekarang. Pasangan mesti sentiasa perlu diupdate keberadaan dirinya. Sebelum nak keluar kena bagitahu dulu, nak lepak dengan kawan pun kena minta izin. Nampak tak yang ada sedang mengawal hidupnya, lainlah kalau kalian sudah berkahwin.

6. Anda tidak percayakan pasangan.

Paling jelas dan nyata jika anda melakukan semua perkara ini itu tandanya anda tidak percaya akan pasangan anda. Bukannya perlu percaya 100% tetapi anda perlu tahu bahawa dia tidak akan melakukan hal itu terhadap anda.

Jika hubungan anda terus menerus begini tentu sahaja pasangan akan mudah rimas malah hilang minat terhadap diri anda. Jadi hati-hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,988 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen