Jangan Rasa Rendah Diri Bila Jodoh Tak Muncul Lagi, Ini Kata-Kata Semangat Buat Anda Yang Kecewa Menunggu Jodoh.

 

Bila lihat rakan-rakan lain sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka, tentu sahaja anda juga mempunyai keinginan seperti itu. Sama juga dengan melihat rakan-rakan lain sedang sibuk bersama anak-anak dan pasangan mereka, sedikit sebanyak akan timbul perasaan cemburu di dalam hati bukan?

Adakah anda sempat merasa semua itu? Bila waktu seperti itu akan tiba untuk anda? Adakah anda akan berjodoh dengan ajal dahulu bukan manusia?



Banyak perkara yang akan bermain difikiran, malah yang paling jelas adalah anda akan memikirkan apa kurangnya diri anda berbanding mereka-mereka semua itu?

Jangan merendah diri apabila anda belum berjumpa dengan pasangan jodoh anda, jangan merasakan bahawa anda tidak memiliki jodoh di dunia ini. Bahkan jangan menganggap bahawa anda itu banyak kekurangan sehingga membuat orang lain tidak pandang anda, namun jangan pula menganggap anda itu terlalu banyak kelebihan juga.



Jodoh dan juga pertemuan adalah perkara yang sukar diketahui oleh manusia. Tidak kiralah anda lakukan telik nasib atau apa pun, belum tentu lagi jodoh itu yang tertulis buat anda. Apabila tiba waktunya, anda akan berjumpa dengan seseorang yang tepat buat diri anda.

Jangan merasa rendah diri apabila tinggal anda sahaja yang belum memiliki pasangan, boleh jadi pasangan anda itu adalah dikalangan mereka yang terbaik. Selalu bukan anda membaca ayat seperti ini “yang baik itu akan datang kemudian”. Jadi teruskan bersabar dan memohon kepada Allah agar diberikan pasangan yang baik.

Jangan merasakan diri anda itu tidak cukup kacak, atau cantik menyebabkan tiada sesiapa yang ingin mendekati anda. Ingatlah bahawa Allah telah menciptakan setiap manusia itu dengan kecantikan yang tersendiri. Jika rupa paras menjadi kekurangan, boleh jadi hati budi mempunyai kesempurnaan. Setiap manusia itu cantik-cantik semuanya, tiada pun yang tidak cantik.



Jangan merasakan bahawa jodoh anda tidak ada di dunia ini, sedangkan jodoh anda ada sedang menanti anda. Adakah anda berusaha mencarinya? Adakah anda berdoa agar dipertemukan dengannya? Jika anda tidak lakukan semua itu, mana mungkin jodoh yang tidak dapat dikesan itu akan bergolek di hadapan anda.

Boleh jadi, apabila anda terima ujian sebegini Allah inginkan anda menceri diriNya. Allah inginkan anda memohon kepadaNya malah Allah inginkan anda sentiasa mengingatiNya.

Mungkin banyak perkara yang pernah anda lekakan sebelum ini sehingga diuji sedemikian rupa. Tapi jangan rasa rendah diri. Allah akan menguji kepada hamba-hambanya yang disayangi. Jangan bimbang, jodoh pasti akan bertemu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,260 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen