Isteri, Berhenti Salahkan Diri Sendiri. Apa Yang Suami Itu Lakukan Adalah Pilihan Dirinya.

 

Sebagai seorang isteri, siapa yang tidak mahu memiliki suami yang baik serta soleh, malah anda juga tentu sahaja mahu menjadi seorang isteri yang taat serta solehah. Namun, tidak semua yang anda harapkan itu akan menjadi satu kenyataan, bahkan mungkin diuji dengan kelukaan.

Dalam rumahtangga, tak akan ada pasangan yang sempurna, tak akan ada salah siapa yang ada hanyalah pilihan yang dibuat oleh diri sendiri. Kadang kala itu, anda begitu mengharapkan bahawa pasangan anda itu menjadi apa yang anda mahu, tapi bila sebaliknya anda pula menyalahkan diri anda sendiri.



Anda sudah membuat apa yang patut, sudah lakukan tugas seorang isteri namun jangan terus menyalahkan diri sendiri. Sedikit nasihat buat isteri-isteri dari Puan Intan Dzulkefli ini. Hadam dan renungkanlah.

Wahai isteri,

Berhenti salahkan diri sendiri...

Banyak terjadi, apabila suami curang,
Isteri menyalahkan diri sendiri, 'ni semua salah aku tak pandai jaga suami, salah aku tak perfect.'

Apabila suami ketagih pornografi,
Isteri menyalahkan diri sendiri, 'ni semua sebab aku dah gemuk, banyak stretchmarks, kendur, tak cantik.'

Apabila suami culas solat,
Isteri salahkan diri sendiri, 'semua ni salah aku sebab banyak dosa sebab tu tak layak dapat suami soleh.'



Berhenti menjadi 'racun' kepada diri sendiri. Berhenti juga membanding orang lain dan suami mereka. Jalan mereka tak sama dengan jalan kalian.

Lihatlah suamimu wahai isteri, mereka bukannya budak kecil.

Jangan salahkan diri atas pilihan yang seorang dewasa telah buat. Kerana kalian takkan dipersoalkan atas dosa suami sekiranya kalian sebagai isteri sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik, sudah menasihati dengan hikmah serta tidak putus mendoakan kebaikan untuk suami.

Suami berbuat demikian itu kerana itu keputusan diri mereka sendiri. They are big enough to take care of themselves, yet to decide what is the best for their loved ones.

Sekalipun isteri tidak sempurna dan banyak kekurangan, bukanlah 'tiket' untuk menyalahkan sesiapa atas kesilapan yang dibuat oleh diri sendiri.

Oleh itu para isteri, katakan kepada diri sendiri, 'semua ini berlaku sebab itu pilihan dia.'

Ramai lelaki lain memilih jalan sebaliknya tetapi suami kalian memilih untuk jalan dosa. maka, itu bukan salah kalian.
Untuk menjayakan rumahtangga yang sakinah mawaddah dan rahmah memerlukan kerjasama kedua pihak.

It takes two to tango.

Usap air matamu itu dan berhenti menyalahkan diri sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,204 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen