Bila Tiba Hari Bersanding, Mestilah Nak Paling Berseri. Ini Tips Pemilihan Baju Pengantin.

 

Pemilihan warna baju untuk dipakai pada hari persandingan adalah tersangat penting. Ini kerana, pemilihan warna yang salah akan membuatkan anda kelihatan tenggelam, ataupun tidak menyerlah. Malah ada juga yang menyebabkan anda kelihatan kusam.

Hari persandingan anda adalah hari yang bersejarah, tentu sahaja anda mahukan sesuatu yang menarik, membuat anda lebih menonjol serta kelihatan berseri. Untuk memiliki semua itu, pemilihan warna baju sangat memainkan peranan.



Rakyat Malaysia mempunyai 4 jenis warna kulit, antaranya sawo matang, kuning langsat, cerah serta hitam manis. Jika anda hanya memilih warna mengikut kesukaan bukan mengikut kulit ia mungkin akan memberi kesan pada hari bersejarah anda.

Ada warna yang sesuai untuk digunakan semua kulit, ada juga bila anda memakai warna itu, ia akan membuatkan anda lebih menarik.

1. Kulit cerah.

Sangat beruntung jika anda memiliki tona warna kulit ini. Memang mudah untuk mencari warna baju yang sepadan tetapi warna-warna yang menyerlahkan keanggunan anda lagi adalah warna seperti hijau zamrud, kelabu, biru gelap, merah terang dan juga ungu pekat.



Jika anda berminat untuk memilih warna pastel seperti pink lembut ataupun kuning lembut, ia sebenarnya akan membuatkan anda kelihatan pucat malah kurang menaikkan seri. Namun, jika ditambah dengan kombinasi warna emas atau kilauan perak, ia mampu menambahkan seri serta membuat anda berkilau.

2. Kulit hitam manis

Warna kulit yang unik ini harus memilih warna yang kontra dan terang. Namun anda harus berani untuk menggayakannya. Anda boleh memilih warna seperti putih, kuning keemasan, dan juga merah, ia akan menyerlahkan lagi warna kulit anda nanti.



3. Sawo matang.

Jika anda memiliki warna kulit ini sangat beruntung. Ini kerana, warna kulit anda itu menjadi dambaan buat orang Europa. Untuk kulit berwarna ini, elakkan warna pastel kerana ia akan menengelamkan seri pengantin anda. Namun anda boleh memilih warna seperti hijau zamrud atau warna keemasan seperti emas atau gangsa. Jika anda berminat memilih busana berwarna putih, gandingan ini antara yang terbaik kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan bersinar.




4. Kuning langsat.

Sangat sesuai jika anda memilih rona-roan yang terang seperti merah jambu, kuning atau warna biru. Ia akan kelihatan sangat sempurna buat anda. Kalau boleh elakkan untuk memilih warna krim, coklat dan oren kerana ia akan membuatkan anda kelihatan sedikit kusam.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen