Sayang Macam Mana Pun Kalau Allah Kata Bukan Dia, Bukan Dia.

 

Tidak semua percintaan akan berakhir dengan pernikahan, juga tidak semua orang yang kita kenal itu mungkin jodoh kita. Adakala Allah telah temukan kita dengan puluhan orang yang kita rasa antaranya adalah jodoh kita, namun jika Allah kata bukan dia, maknanya bukan dia.



Tempoh percintaan yang lama, bertahun tahun kenal, berkali kali berjumpa keluarga masing-masing, namun jika bukan dia orangnya, tidak akan jadi. Ada orang bercinta dengan beberapa orang sebelumnya, namun bertunang dengan orang lain, akhirnya bernikah dengan orang lain. Percaturan Allah itu sungguh cantik, bukan sengaja Dia mempertemukan kita dengan bermacam orang, ada daripadanya untuk menguji, ada daripadanya untuk mengajar kita.



Benar jika bertahun-tahun bercinta, dipupuk dibaja, dijaga kembangnya, namun akhirnya si bunga itu dipetik orang lain.

Pedihnya tidak tertahan, amarahnya tidak dapat disembunyi, namun jika kita ingat bahawa semua ini Allah yang mahukan, pasti kita akan redha dan terima dengan rela. Tiada kuasa selain Allah. Mungkin telah ditulis sesuatu yang lebih baik untuk kita. Mungkin masanya belum tiba, tapi percayalah yang lambat itu pasti terbaik dari segalanya.

Jangan pernah mengeluh andai apa yang dihajati tidak kesampaian, hati kita ini sifatnya berbolak balik dan Allah adalah penciptanya, bila-bila masa sahaja dia boleh ubat hati kita. Walau hari ini si dia begitu setia dan menyayangi anda sepenuh hati, namun apabila Allah menghendakkan sesuatu, pasti itu akan terjadi. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen