3 Cara Betul-Betul Move On, Tak Ingat Dia Lagi Dah Lepas Ini.

 

Move on adalah satu perkara yang mudah untuk dilafazkan tetapi menyakitkan untuk melakukannya. Bermula dengan berusaha melupakan seseorang yang pernah ada di dalam hati anda, membuka peluang kepada orang baru, malah membuka hati pada orang yang lain serta melupakan apa yang terjadi.

Tipulah kalau move on ini cukup semudah itu, pasti akan ada beberapa cabaran yang perlu anda hadapi terutama dengan diri anda sendiri. Masa inilah akan rasa sedih sangat, mula hilang pertimbangan diri serta tidak mahu bergaul dengan orang lain.



Nak move on ini tak mudah, lagi-lagi bila anda masih lagi lihat, dengar serta bercakap mengenai si dia. Malah ia menjadi lebih sukar apabila anda tahu bahawa dirinya sedang bahagia, maka dengan itu ada beberapa cara yang perlu dilakukan kalau inginkan move on yang sebenar.

Ada beberapa hal yang akan membantu anda itu lebih mudah melupakan, antaranya;



1. Tutup account media sosial anda.

Bukan niat untuk bermusuhan tetapi ia lebih untuk mendamaikan hati anda. Kalau tidak mampu untuk membuangnya dari friend list anda, apa kata anda sahaja yang menutup account media sosial anda. Jika anda tidak menutupnya atau membiarkan diri anda untuk melihatnya, makin sukar untuk move on malah makin sakit juga hati anda.

Jangan rasa ini adalah cara anda ingin bermasam muka dengannya tetapi ini adalah cara untuk anda merawat hati anda. Kegembiraan dan kesenangan dia hanya akan membuat anda sakit hati dan dendam, maka untuk menjauhi perkara sebegitu, ini yang terbaik.

2. Jangan terburu-buru mencari pengganti yang baru.

Sesetengah orang mungkin akan merasakan bahawa pengganti itu mampu merawat hati yang terluka, tetapi sesetengah orang pula sebaliknya. Apa yang perlu anda fahami adalah apabila anda mencari seseorang yang sebagai ganti, anda mungkin akan melukakan hatinya. Mana tidaknya hati anda masih belum dapat melupakan yang lama.



Tidak hanya itu sahaja, anda mungkin akan membuat perbandingan antara dirinya dengan hubungan yang lepas. Perkara sebegini hanya menimbulkan kelukaan pada orang tidak bersalah malah ia akan kelihatan seperti toxic dalam hubungan tersebut.

3. Jangan lupa buang setiap barang yang mengingati pada dirinya.

Setiap kali lihat hati akan terluka, tetapi sayang untuk membuangnya. Jangan begitu, anda juga berhak untuk bahagia. Apa kata setiap barang yang mengingati pada dirinya itu cuba anda simpan dan buang. Bukan tidak menghargai pemberian orang tetapi sebenarnya lebih baik merawat hati sendiri. Tahu tak mudah, tapi kenapa tak cuba?

Move on ini adalah bergantung pada diri sendiri, jika anda mahu bahagia maka mulakan langkah. Jika sebaliknya maka teruskan menggenang hubungan lalu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,129 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen