Jangan Kecewa Bila Pasangan Tak Romantik, Apa Kata Anda Ajarnya Menjadi Romantik.

 

Selalunya kita akan bersama dengan seseorang yang berlawanan dengan sikap kita. Apa yang paling mudah dilihat adalah anda seorang yang sukakan kejutan tetapi pasangan anda pula tak romantik. Eh, jangan kata mereka ini membosankan. Mereka tidak membosankan tetapi mungkin tak tahu cara nak jadi romantik macam anda inginkan.

Apabila anda telah menjadi pasangan dirinya, tentu sahaja anda boleh menjadi guru kepadanya dalam hal-hal yang mungkin dia tidak pandai. Jika anda pandai masak, dia tidak maka ajarlah dirinya, begitu juga dalam sikap roamntik seseorang.



Romantik ini tidak boleh dipaksa, tetapi ia akan hadir dengan sendirinya apabila anda terasa ingin melakukannya. Jadi tak salah kalau pasangan anda tak romantik tetapi sikap romantik anda akan memberi pengaruh kepadanya.
Jadi tak mustahil kalau dia pun tiba-tiba jadi romantik.

Ini cara mudah ajar pasangan anda untuk jadi romantik;

1. Kejutan.

Sesiapa pun akan suka dengan kejutan, tidak kisahlah orang itu seorang yang romantik ataupun tidak tetapi bila dapat kejutan mesti rasa seronok dan teruja. Jadi apa kata anda kerap membuat kejutan buat pasangan anda agar dia terbiasa dengan perkara tersebut.



2. Berikan perhatian kepadanya.

Sesetengah orang mungkin akan rasa kekok untuk berkelakuan romantik walaupun sudah berkahwin. Jangan terlalu memaksanya untuk tunjukkan dirinya romantik tetapi cuba untuk berikan perhatian kepadanya secukupnya agar perasaan romantik itu sendiri akan lahir dalam dirinya.

3. Jangan bandingkan dirinya.

Jika anda melakukan perbandingan dirinya dengan orang lain, ia akan membuatkan dirinya terpaksa untuk melakukan dan buat sesuatu yang ikhlas. Tentu sahaja rasanya tidak seronok walaupun anda rasa gembira. Jangan cuba membandingkan tetapi ajar untuk menjadi dirinya sendiri.



4. Terima sahaja siapa dia.

Jika dirinya tidak dapat hadam apa yang anda lakukan untuknya, cuba sahaja untuk jadi diri sendiri. Jangan sesekali memaksanya. Mana tahu dirinya yang tidak romantik itu sebenarnya lebih baik dan sesuai untuk anda. Bila anda memilih dirinya tentu sahaja anda kena terima baik buruknya.

5. Buat sesuatu yang romantik bersama.

Kalau anda ajar pun tak jalan, apa kata anda sama-sama melakukan hal yang romantik bersamanya. Sebagai contoh makan malam bersama, masak bersama ataupun lakukan hal-hal masa bercinta bersama-sama. Kan sama-sama berkongsi kelakuan romantik itu.

Romantik ini tak boleh dipaksa dalam diri seseorang, ia akan hadir sendiri bila dia sayang akan pasangannya tapi bukan tak romantik itu tak sayang. Malah, romantik ini boleh diajar dari anda kepada pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen